24 May 2009
Cina, India Boleh Jadi MB Kelantan
PAS mengamalkan sikap terbuka untuk membenarkan kaum Cina dan India memegang jawatan Menteri Besar Kelantan dengan syarat mereka harus beragama Islam, warak dan berkelayakan. Kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga MB Kelantan hari ini.
"Islam tidak gunakan bangsa sebagai sesuatu yang ditonjolkan.. Walaupun Kelantan majoritinya Melayu tapi kalau Cina Muslim, India Muslim, belajar Islam di universiti dan luar negeri, saya sanggup berkempen di kalangan masyarakat Kelantan lantik dia jadi Menteri Besar.. Umno sebut ketuanan Melayu, kita sebut ketuanan Islam," katanya.
Jika Umno ingin bekerjasama dengan PAS, mereka perlu menukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. Katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak di sini, semalam.
Ditanya mengenai perletakan calun BN dalam plihan raya kecil DUN Malek Urai, Kelantan akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi Jumaat lalu, Nik Aziz menyambut baik keputusan itu kerana katanya, sebagai sebuah parti politik yang sah, BN sememangnya harus bertanding.
"Bila BN tidak mahu bertanding tempoh hari (di Penanti), dia telah menjadi taraf parti Bebas.. Kalau sebagai sebuah parti politik yang sah, dia akan bertanding dengan cara mana sekali pun," kata beliau. (AK)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ada dengar tak semua tuan besar umno? Inilah betul betul 1Malaysia.
Rendahkan diri dan jangan lagi cakap yg bukan bukan menyakitkan hati semua kaum
Post a Comment