20 May 2009

Anwar Cabar Kesahihan Pemecatan TPM di Mahkamah Rayuan Esok

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya esok bagi mencabar keputusan berkaitan kesahihan pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar atas fakta yang diberikan beliau mempunyai kuasa mutlak kerana Perdana Menteri yang membuat lantikan, justeru beliau juga berhak memecat.

Bagaimanapun Anwar memfailkan saman terhadap Dr Mahathir berdasarkan pemecatan itu berlawanan dengan prosedur.

Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk mendengar rayuan Anwar berhubung pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Anwar mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan.

Sebelum itu beliau mengemukakan saman terhadap keputusan Dr Mahathir tersebut tetapi diketepikan.

Rayuan beliau dijangka esok, mulai pukul 9.00 pagi.

1 comment:

yes said...

Assalamualaikum Tun Mahadir,

The Circus has come to town. We are looking forward to a very exciting time.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin