07 May 2009

Live dari Ipoh - Ganesan mengangkat sumpah, Siva di kerusi speaker



Hee dkerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker

10.55 - Timbalan Speaker muncul dan berdiri di sebelah Siva dan berkata, awak telah digantung

10.56 -Sekarang mereka telah merampas mikrofon dari Siva, dan melantik ganesan menjadi speaker. Ganesan telah mengangkat sumpah sedangkan Siva masih duduk diaatas kerus speaker ????

11.00 - Dari Malaysiakini -Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry. Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya. Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN. Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram." Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.

11.13 - Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan.

11.13 - Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan

11.15 - Sivakumar bangun dan membuat pengumuman dengan memegang sehelai kertas. Pada sudut yang lain BN mencadangakan agar sidang ditangguhkan. Dewan ditangguhkan dan keadaan menjadi tenang seketika.

11.25 -Kertas yang dijulang oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh beliau semalam 6 Mei, dimana beliau telah membuat ketetapan semua usul yang dikemukakan oleh BN, untuk melucutkan jawatannya sebagai speaker, mlantik speaker baru telah ditolak. Beliau juga telah mengubah keahlian tiga jawatankuasa DUN Perak.

3 comments:

Anonymous said...

PEROMPAK VS LANUN

Anonymous said...

siapa yang merompak dan siapa lanun? kedua-duanya UMNO-BN

LanaBulu said...

Disini pentingnya peranan Sultan..bukanya sekadar menjadi penonton permainan wayang pelaksanaan undang2 yg boil. Memalukan sungguh. Sultan mengotorkan institusi sendiri. Apa gunanya sekadar menjadi boneka semata-mata,,..??? Malang sungguh Perakku..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin