07 May 2009

Live dari Ipoh - DUN bubar tak bubar ? Tangguh 1 jam lagi.



1.10pm Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan.

Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya.

12.55pm Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi.

Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing.

12.45pm Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis.

ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang.

Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya.

Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.

12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan.

Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.

Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.

12.30 tengah hari: Berlaku pergelutan antara ADUN Pakatan dan BN apabila wakil rakyat Pakatan meminta Ganesan keluar dari Dewan.

12.22 tengah hari: Seorang awam yang menggunakan payung dengan simbol PAS ditahan di luar bangunan DAP.

12.20 tengah hari: Speaker Sivakumar masih tidak berganjak dari tempat duduknya sejak pukul 10 pagi.

12.20 tengah hari: Dewan kecoh semula apabila 'Speaker baru', Ganesan cuba mengambil alih tempat Bentara untuk menjalankan tugas sebagai Speaker. Belaiu dihalang oleh beberapa ADUN Pakatan Rakyat.

Ganesan cuba mengendalikan Sidang Dun kali kedua

Catatan MSO :
PERKEMBANGAN merngenai kekecohan dan keanihan yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak barang kali tidak boleh disifatkan ianya sebagai gila sebab semua yang ada dalam dewan itu waras belaka.

Buktinya kalau kesemua wakil rakyat di dalam Dewan itu gila, atau hilang akal mereka tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.

Secara logik dan amalannya mereka adalah waras sebab kalau mereka hilang akal kesemua mereka tidak akan dibenarkan bertanding. Sebab mengikut perlembagaan negara mereka yang gila hilang kelayakan untuk jadi wakil rakyat.

Namun dengan kekecohan yang berlaku bolahkah kalau dikatakan kesemua mereka mulai gila sejak jam 6:00 pagi tadi dan semakin menjadi-jadi gilanya menjelang tengah hari ini. Bayangkan di dalam DUN Perak kini ada dua spekaer, S Sivakmumnar, Speaker yang dilantik oleh kerajaan sebelum ini dan Ganesan Speaker baru yang dilantik sekejap tadi.

Dua persidangan juga berlaku. Satu persidangan dipimpin oleh S Sivakumar dan satu lagi dipimpin oleh Timbalan Speaker, Hee Yit Foong kemudian diganti Genesan setelah Genesan dipilih menjadi speaker.

Paling gila juga, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang sepatutnya merasmikan sidang dewan jam 10:00 tadi terpaksa menunggu di bilik menanti di Raja sebelum mendapatkan isyarat untuk merasmikan sidang dewan.

Pertama kali berlaku dalam sejarah negeri Perak Sultan terpaksa menunggu untuk merasmikan sidang dewan kerana ada gangguan dan kekacauan di dalam dewan.

Bagi menghormati waktu solat ZOHOR, wak akan tangguhkan sidang LIVE wak ini selama 30 minit, akan kembali pada jam 2 petang..! Mohon sembah derhaka kepada semua ! Takbir !!

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese