22 March 2009

42 peninju tomoi antarabangsa rebut Piala MB Kelantan

KOTA BHARU - Peminat-peminat sukan tomoi di negeri ini berpeluang menyaksikan aksi 42 peninju antarabangsa dan tempatan bagi merebut Piala Menteri Besar yang julung kali diadakan.

Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan akan diadakan selama tiga hari bermula 27 Mac ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Kejohanan tersebut akan menampilkan dua kategori iaitu superfight dan super 4. Antara peninju luar negara yang akan beraksi iaitu dari Thailand, Perancis, Sweden, Uzbekistan, Iran, Afghanistan, Poland, Sepanyol, Afrika Selatan,Tunisia, England dan Turki.

Manakala peserta tempatan ialah M-150 dan Kuda Merah PDRM.

Kejohanan diadakan mengikut kategori 57.5 kg, 61.5 kg dan 63.5 kg. Dan bagi kategori 57.5 kg peninju akan merebut tali pinggang kejohanan dan piala pusingan dari Exco Pelancongan serta Exco Belia dan Sukan.

Bagi kategori 61.5 kg ke atas peninju akan merangkul tali pinggang serta piala pusingan Menteri Besar Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 24 perlawanan akan diadakan dengan lapan perlawanan setiap malam.

"Kerajaan Kelantan sentiasa memberi sokongan untuk meneruskan kejohanan ini pada masa depan kerana di samping sebagai aktiviti sukan, ia juga akan menjadi tarikan pelancong dengan kehadiran peninju terkenal dari luar negara," katanya pada persidangan media di sini, hari ini.

Kejohanan tersebut ditaja Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama kerajaan Kelantan, Persatuan Boksing Negeri Kelantan dan Boxx Event.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Boksing Kelantan, Mohd Farid Abdul Ghani berkata, juara yang lahir dari kejohanan berkenaan akan mewakili negara ke kejohanan Tomoi Sedunia Z1.

Katanya, kejohanan tersebut melibatkan seramai 32 peninju dari seluruh dunia dan dijangka diadakan pada Oktober hingga Disember hadapan di Kelantan. -Hrkh

1 comment:

Anonymous said...

Tak sesuai sukan yang ganas menggunakan nama MB Kelantan.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese