22 March 2009

Khairy Buat Laporan Polis

Khairy hari ini membuat laporan polis terhadap penulis sebuah buku yang dikatakan mengugut dan memfitnah beliau.

Beliau berkata, "Tujuan utama saya buat report polis ini adalah disebabkan kandungan buku ...yang ternyata memfitnah saya. Buku ini sebenarnya adalah satu usaha secara sengaja menjatuhkan imej dan karier politik saya".

Khairy juga mengatakan, mereka (dengan penulis) hanya bertemu pada 17 Feb lepas di pejabatnya. Beliau juga telah diugut agar membayar RM100,000 atau buku itu diterbitkan. Bagaimanapun, beliau enggan membayarnya.

Penulis terbabit juga mendakwa bahawa penerbitan buku itu ditaja musuh2 politik beliau dalam UMNO. Buku ini juga dakwanya telah diedarkan kepada beberapa anggota perwakilan Umno sejak minggu lepas lagi.

Penulis Buku Peras Ugut Khairy Jamaluddin

The Malaysianinsider melaporkan Khairy Jamaluddin mendakwa seorang penulis buku politik yang terkenal, Yahya Ismail, telah mengugutnya RM100,000 jika dia tidak mahu buku mengenainya ditulis dan diterbitkan.

Buku itu kini sudah diposkan ke semua alamat rumah perwakilan Pemuda UMNO

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

See...betapa baik dan bersihnya KJ, mana dia ada wang sebanyak tu, mana ada dia main politik wang, dah terbukti dia disabotaj, dikonspirasi....

Last2 minute ni, buatlah apa yang patut walaupun taktik basi minta simpati undi...

Kalau perwakilan termakan dengan lakonan arahan maya karen, dah tak tau le apa nak cakap..

Anonymous said...

politik umno semakin menjijikkan .. di perak, karikatur menghina sultan dan mufti tidak berjaya di edarkan bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada pr. dan hari ini, buku anti khairy di edarkan oleh golongan anti khairy di dalam umno sendiri. ~ link

di khabarkan, buku tersebut di edarkan melalui pos kepada perwakilan yang akan hadir. ini bermakna, mereka yang bersekongkol adalah mereka mereka yang tahu senarai dan alamat perwakilan.

perlukah kita bersoal .. siap punya angkara?
kejadian yang serupa pernah berlaku ketika mahathir cuba untuk menjatuhkan anwar pada satu perhimpunan dahulu. senarai kenapa anwar tidak boleh jadi pm di edarkan kepada perwakilan. kerana itu lah maka, anwar secara terangan menentang sehinggakan anwar tersingkir pada tahun 1998.

kini kaedah yang sama di lakukan oleh umno untuk menolak calun yang menjadi musuh kepada satu calun yang lain.

kalau di lihat pada makalah dan media .. semuanya seperti tersenyum manis berpegang tangan tanda bersepakat, tapi sebenarnya busuk hati mereka memusuhi antara mereka cukup memualkan.

di dalam umno bermusuh, di luar pun sama dan dengan siapa sebenarnya umno bermesra?
inilah yang dikatakan parti untuk bangsa melayu ...

segala bentuk dan kaedah hasad dengki umno berulang, malah menjijikkan .. siapa kah dalang politik yang bermain di belakang umno? adakah orang yang sama seperti peristiwa kejatuhan anwar dulu?

dah boleh agak siapa mastermind pada semua ni?
hahah teka teki .. !

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese