23 March 2009

Yahaya Belum Cadang Buat Laporan Balas ke Atas Khairy

PENULIS buku politik Yahaya Ismail akan menunggu perkembangan berhubung laporan polis dibuat Khairy Jamaluddin ke atasnya semalam sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Semalam Khairy Jamaluddin telah membuat laporan polis terhadap buku tulisan Yahaya berjudul Khairy Jamaluddin: Tuan dan Sial. Dalam laporan itu Khairy mendakwa Yahaya telah melakukan ugutan terhadapnya dengan meminta RM100,000.

Menurut Yahaya yang dihubungi sekejap tadi beliau juga tidak akan membuat laporan polis seperti mana diuar-uarkan hari ini. “Saya dinasihatkan peguam saya agar tunggu apa perkembangan mengenai laporan polis dibuat Khairy semalam.” ujar Pak Ya.

Yahaya kesal atas tuduhan Khairy yang mengatakan beliau mengunggutnya dengan meminta RM100,000 kalau tidak buku itu akan diterbitkan. Buku berkenaan kini sudah berada di pasaran.

Yahaya mengakui ada berjumpa dengan Khairy yang dibawa oleh orang Khairy ke pejabatnya berhubung penerbitan buku berkenaan. "Saya ada berikan manuskrip buku itu kepada Khairy dan dia telah membacanya dan berjanji akan memberi jawaban keesokan harinya.

"Esok dia bagi tahu yang dia tidak ada wang dan tidak berminat untuk membeli manuskrip itu. Itu saja yang berlaku," cerita Yahaya.

Menurutnya kalau beliau ingin ugut masakan sebanyak itu kerana baginya jumlah terlalu kecil memandangkan kepada kemampuan (jualan) buku-bukunya sebelum ini. “Kalau saya nak RM100,000 tak payah saya ugut saya jual sendiri saja. Kalau 10,000 naskah dengan harga RM20 senaskah saya dah ada RM200,000. RM100,000 kecil bagi saya,” katanya Yahaya berulang kali.

Beliau juga kecewa dengan dakwaan itu kerana sebagai penulis berusia lebih 60 tahun dan menghasilkan berpuluh buah buku didakwa dengan kerja-kerja remeh begitu.

Mengenai isi kandungan buku itu Yahaya menjelaskan beliau membuat analisa terhadap ketiga calon ketua pemuda itu dan mengakui cenderong kepada Mohammad Khir Toyo.

Katanya Khir Toyo berpengalaman, ada track record dan juga seorang pemimpin beriman!

Ditanya ada sesiapa membeli dalam jumlah yang banyak, Yahaya keberatan menjelaskan hanya menjawab; ada yang membeli sampai 1,000 naskah untuk diberikan kepada perwakilan pemuda. - MSO (link)

Malaysiakini : 'Bukan ugut Khairy, tapi berunding'

MENGAPA KJ MESTI DI TOLAK :


Berikut adalah Bab ke 5 yang dipetik dari buku Tuah & Sial Khairy Jamaluddin. Memandangkan mantan Perdana Menteri menyatakan isi hatinya berhubung Khairy saya memetik bab ini untuk santapan pembaca: Lagi... (Politickler)

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese