
Ketika berucap di majlis tersebut, Nasarudin melahirkan rasa terharu dengan sambutan diluar jangkaan diberikan oleh rakyat di sekitar Bota. "Saya tidak pernah menyampaikan ceramah di hadapan sebegini ramai orang. Selalunya dalam ceramah Umno, kerusi jauh lebih banyak dari orang ramai. Katanya, tindakan drastik untuk menyertai PKR bukanlah berlandaskan kepada wang ringgit atau tawaran jawatan tetapi lebih terdorong dengan keikhlasan hatinya untuk menyumbang khidmat kepada rakyat Bota yang diwakili.
Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dalam ucapannya mengakui terdapat berpuluh-puluh lagi Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat ada menyatakan hasrat untuk mengikuti jejak langkah sama sepertimana diambil Nasarudin, cuma masih melahirkan kebimbangan akan kesan dari tindakan mereka itu.
Saksikan TV Telok Bakong:
YB Datuk Nasaruddin Di Stadium Bakri Rais Bota Kanan 1
YB Datuk Nasaruddin Di Stadium Bakri Rais Bota Kanan 2
YB Datuk Nasaruddin Di Stadium Bakri Rais Bota Kanan 3
No comments:
Post a Comment