31 January 2009

Kenyataan Media Dato' Dr Hassan Ahmad (GMP) - Malaysiakini

Gerakan Memansuh PPSMI (GMP) yang dipimpin oleh Dato' Dr. Hassan Ahmad telah dilancarkan depan Pusat Perniagaan Sogo, Jalan Tengku Abd Rahman, Kuala Lumpur baru sebentar tadi. Kehadiran Dato' Dr Hassan yang menjadi seliberiti pejuang bahasa telah dikerumuni para wartawan sejak jam 2.30 petang lagi.

Akhirnya kenyataan media telah dilaksanakan pada jam 2.50 petang. Pejuang-pejuang bahasa yang turut hadir adalah A. Samad Said, Dato' Dr Anuar Ridzuan, Prof Awang Sariyan, Prof Dr Abdullah Hassan, Prof Dr. Shahril Md Zain, Ainon Mohammad dan ramai lagi telah istihar 'Perang' ke atas dasar bebal BEnd/UMNO, PPSMI.


(SILA KLIK UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS)

Selepas kenyataan akhbar dibuat para pejuang bahasa telah minum dikedai berhampiran. Wartawan yang belum puas menemuramah Dato' Dr Hassan Ahmad berkumpul di tempat minum para pejuang bahasa sehingga terpaksa dileraikan oleh pihak polis.


2 comments:

Anonymous said...

Commendable Blog!

GreaT Blog Indeed!

Dear Blogger, need your valuable feedback about:

www.octandigital.com

Regards,
Mehta

Anonymous said...

Buka mata
Buka minda
Jangan Melayu jadi bangsa mundur
Setakat nak bantah belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris,tak perlu lah nak buat perarakan... Itu kerja orang tak matang! tak masuk akal! Tidak akan hilang kemelayuan dan bahasa melayu kalau belajar dalam bahasa inggeris...
Hassan ahmad tu tak pernah ke buka minda? tarik balik anugerah dato' tu! Tak ada jasa pada orang melayu! menyusahkan negara ada la... kami kumpulan jurutera di luar negara malu dengan perkembangan kat tanah air... memalukan bangsa! Tak ada dan tidak akan jumpa buku sains dan matematik yang tulis dalam bahasa melayu yang dijadikan panduan dalam dunia ni... Bukalah otak tu sikit...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese