04 December 2008

RPK with Riz Khan on Al-Jazeera - Malaysiakini

Aljazeeras Riz Khan with Raja Petra & Others



Kes Raja Petra ditangguh kepada 20 Januari
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar pada 20 Januari depan, permohonan penulis blog Raja Petra Kamaruddin supaya perbicaraan kes fitnah terhadapnya dikembalikan ke mahkamah rendah.
.
Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas peguam J Chandra yang mewakili Raja Petra, memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam utama, Manjeet Singh Dhillion sedang menjalani rawatan di United Kingdom.
.
Kes tersebut sepatutnya didengar hari ini. Timbalan Pendakwaraya (DPP) Anselm Charles Fernandes tidak membantah penangguhan kes tersebut.
.
Raja Petra didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu kerana dituduh memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor, Pemangku Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Kolonel Norhayati Hassan, dalam akuan berkanun yang dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta pada jam 10.25 pagi 18 Jun lalu. Lagi... Malaysiakini

1 comment:

Starmandala said...

Terima kasih, Saudara Nik. Aku tidak Astro, jadi aku harap dapat saksi rancangan ini online. Baru jumpa laman Nik, dah puas hati lah! Syed Hamid Albar tu betul nakal dan mengarut-karut! :-)

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese