04 December 2008

Zaid mangsa 'double standard' UMNO- Malaysiakini

Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat daripada Umno kelmarin berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dalam masa terdekat ini.
.
Beliau juga mempertikaikan pemecatan mendadaknya daripada parti itu kerana tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan..

"Saya juga tidak tahu sebarang kesalahan yang saya telah lakukan..

"Saya tidak menghadiri majlis makan malam DAP atau Kongres PKR untuk memprovokasi sesiapa," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini..

"Saya sekadar hendak mendengar atas jemputan rakan-rakan, tapi itulah sikap Umno. Ia melihat provokasi dan musuh di mana-mana."Zaid berkata, jika diberi amaran dan surat tunjuk sebab terlebih dahulu, beliau "tidaklah terkilan sangat".
.
Bagaimanapun, Zaid berkata, beliau tidak terperanjat dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno memecatnya. Lagi... Malaysiakini
.
Malaysiakini.tv : Zaid: No intention to join any party now.
thestaronline.tv : Zaid not joining any political parties

Zaid tidak sertai parti pembangkang
.
PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau tidak akan menyertai parti politik lain pada masa terdekat.
.
Bagaimanapun tegasnya, beliau tidak terperanjat dengan tindakan yang diambil, tetapi mempertikaikan cara keputusan diambil tanpa beri peluang untuk memberikan penjelasan.
.
Malah beliau turut mengakui menjadi magsa 'double standard' dalam Umno.
.
“Saya tidak diberi peluang untuk didengar malah saya juga tidak tahu mengenai sebarang kesalahan yang telah saya lakukan.
.
"Saya tidak menghadiri majlis makan malam DAP ataupun kongres PKR (Parti Keadilan Rakyat) untuk memprovokasi sesiapa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
.
Tambahnya lagi beliau kecewa dengan Umno kerana sentiasa melihat tindakannya itu sebagai langkah provokasi terutamanya apabila bercakap mengenai isu Melayu.
.
"Saya sekadar hendak mendengar atas jemputan rakan-rakan...tetapi itulah sikap Umno, ia melihat provokasi dan musuh dimana-mana tanpa pedulikan mengenai keadilan asasi.” katanya. - mStar
.
Pautan berkaitan:
Zaid dipelawa sertai DAP
- Harakahdaily
Pemimpin Umno tidak suka, Zaid pertikai pemecatannya

1 comment:

Anonymous said...

padan muka kau zahid, lawyer yang bodoh. kau ni liabiliti pada UMNO bukan aset. keputusan MT UMNO memang tepat dan di sokong. Hidup UMNO! hanya orang-orang pakatan rakyat yang bodoh macam kau tu aje yang anggap kau tu aset. tak payah nak cari alasan pergi aje joint DAP tu perjuangkan nasib orang-orang cina sebab tu aje yang layak untuk kau. lagi pun perjuangan kau memang sama pun macam perjuangan DAP tu. jadi aje orang DAP. orang melayu tak perlu kan kau! kalau kau nie boleh dipecat dari jadi bangsa melayu lagi bagus. bodoh! kau memang bodoh! orang yang tak boleh fikir macam kau nie adalah orang bodoh namanya, faham! zahid si lawyer bodoh!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese