KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah runtuh hari ini kerana faktor keselamatan.
Khalid berkata, tindakan itu diambil berikutan amaran yang dikeluarkan oleh Ikram dan JKR mengenai keadaan kawasan itu yang tidak stabil.
"Selepas kejadian pergerakan tanah pagi tadi, semua orang yang tidak berkenan tidak dibenarkan masuk.
"Malah khemah petugas keselamatan dan kesihatan telah dipindahkan. Semua langkah itu atas faktor keselamatan," katanya.
Anwar datang bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kira-kira pukul 1 tengah hari.
Bagaimanapun beliau kemudian diberikan taklimat oleh pihak polis.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Robert Lau Hui Chew yang melawat tempat kejadian turut tidak dibenarkan masuk kerana keadaan tidak stabil.
Kedua-dua mereka hanya dibenarkan masuk sehingga pusat operasi mencari dan menyelamat yang kini terletak 400 meter dari tempat kejadian. - mStar
Saya terkejut dengan khabar berita tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa awal pagi tadi. Sepanjang ingatan saya, ini tragedi kali ketiga selepas rebahnya Highland Towers pada Disember 1993 dan juga di Ukay Views beberapa tahun yang lalu.
Hal yg diprihatinkan ialah samada kecuaian yang dikenalpasti dalam bencana Highland Towers berulang. Arahan baru agar dihentikan semua projek pembangunan dilereng bukit bukan perkara baru. Kekhuatiran kita ialah seandainya ketamakan mengatasi kewarasan, nyawa dan harta menjadi kurban.
Isunya bukan sekadar pembangunan dilereng bukit, tetapi kelulusan yang mengenepikan pertimbangan keselamatan dan persekitaran.
Ucapan takziah saya rakamkan atas pemergian 10 orang mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. mencucurkan rahmat ke atas roh mereka dan mempermudahkan urusan pasukan keselamatan dalam menjalankan usaha mencari dan menyelamat.
ANWAR IBRAHIM
1 comment:
kau dengar kan lah cakap anwar pengkhianat bangsa nie. sama sibuk nak komen nak tuduh kerajaan tak betul lah tu. macam dia tu bagus sangat. bila anwar nak angkat sumpah nafikan yang dia liwat saiful? bila? saiful dah bersumpah anwar bila lagi? jangan lupa 16 september 2008, satu dunia kena tipu dengan anwar. yang paling teruk dan bodoh adalah PAs terutama hadi awang (mat jenin) sampai berangan nak jadi PM kalau peralihan kuasa berlaku. anwar yang susah payah sampai kena tahan dengan polis dan sampai kena periksa dan ukur satu badan hadi pulak yang nak jadi PM. tak tahu malu punya hadi si presiden PAS (si perjuang islam konon).
Post a Comment