KUALA LUMPUR - PAS Negeri Terengganu menyambut baik pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan diadakan pada 17 Januari tahun hadapan mengambil kira situasi banjir dan perayaan-perayan yang ada pada bulan ini.
"Sempena SPR mempunyai pengerusi baru, biarlah memulakan tugas beliau melaksanakan pilihan raya kecil Kuala Terengganu menjadi contoh satu pilihan raya yang telus dan adil.
"Saya mahu lihat, bebas dan adil bukan sekadar pada cakap. Tapi, pada perlaksanaan. Biarlah kita lawan sesama parti. Pakatan rakyat khususnya PAS melawan BN khususnya Umno.
"Bukan sebuah kerajaan menggunakan apa yang mereka punya untuk berlawan dengan kita sebagaimana masa-masa yang lalu," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily malam semalam.
Dalam pada itu beliau mahu pimpinan Umno supaya masuk pilihan raya ini secara 'gentleman' tanpa ada sebarang ugutan, sama ada melalui agensi kerajaan atau selainnya.
"Saya tidak boleh nak kata Umno tidak menggunakan duit. Ini memang kerja dia.Budaya dia. Saya tidak boleh sebut kalau bukan sifatnya. Dia akan guna duit, tapi ada peraturan yang dia kena 'honour'.
"Maknanya kena had perbelanjaan. Supaya dia tengok, perkara-perkara sebegini," katanya.
Bagi PAS kata Mustafa, ada langkah-langkah yang akan diambil kalau pimpinan Umno melanggar peraturan-peraturan atau undang-undang sebab PAS mempunyai jawatankuasa dalam jentera iaitu 'Jawatankuasa Legal' (undang-undang).
"Saya mahu biarlah kita melihat secara gentlemen,mengikut peraturan,secara beradab berdasarkan kepada apa yang menjadi panduan yang semua orang sebut 'free and fair' dalam sistem demokrasi yang kita amalkan.
Dalam pada itu beliau menjelaskan bahawa Jawatan Kuasa Induk di Bahagian Pusat, Pengarahnya ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Md Isa manakala beliau sendiri menjadi Timbalannya dan Setiausahanya ialah Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar. Ahlinya terdiri daripada semua Naib Presiden,semua ketua dewan dan beberapa tambahan yang lain.
"Jadi oleh kerana Jawatankuasa Induk, ada yang anggota daripada pimpinan negeri Terengganu yang 'direct' berada dalam jawatankuasa induk. Antaranya ialah Dato' Wan Mutalib, Dato' Abu Bakar Chik,YB Wahid Endut, Dato' Harun Taib," katanya.
Kata Mustafa dari segi operasi di peringkat negeri, jentera pilihan raya kecil Kuala Terengganu, pengerusinya ialah Dato' Wan Mutalib Embong manakala semua pimpinan utama di bawahnya terdiri daripada Dato' Harun Taib dan Dato' Abu Bakar Chik.
Buletinonline :
PRK Kuala Terengganu - PAS akan guna ‘kekuatan sepenuhnya’
Masa Untuk SPR Buktikan Piliahnaraya Yang Bebas dan Adil
Pengumuman SPR :Pilihan Raya Kecil Kerusi Kuala Terengganu Ditetapkan 17 Jan
1 comment:
Nik Hassan Azmi,
Warna apa pakaian hero kat atas sana, kat banner.
Berhari raya di mana?
Semoga kita dapat nikmat pengertian korban di aidil adha.
InsyaAllah...
Post a Comment