08 December 2008

Prof 'K' Calon PAS Kuala Terengganu - Malaysiakini

Kepimpinan kanan Dewan Pemuda PAS Terengganu

Pemuda PAS – Calon Muda Tempatan Berkelulusan PhD

Kuala Terengganu –Dewan Pemuda Pas Terengganu semalam sepakat dan begitu komited untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan.

“Buat masa ini kita tidak boleh mendedahkan maklumat berhubung calon tersebut. Kita tunggu keputusan yang bakal dibuat dalam mesyuarat Pas Pusat nanti. Presiden pun masih berada di Mekah. Kita tunggulah.

“Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburi.

“Beliau juga berasal dari negeri ini. Kita berharap Pas Pusat mempertimbangkan calon muda dari negeri ini yang tidak pernah bertanding sebelum ini,” katanya Akhbar Sinar Harian

Beliau berkata demi-kian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih ingin melihat Naib Presiden Pas, Mohammad Sabu bertanding mewakili parti tersebut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu.

Mengulas lanjut, Azman Shapawi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz adalah bersifat peribadi, tetapi calon yang dikemukakan Dewan Pemuda Pas negeri adalah melalui keputusan bersama.

Menurut beliau, sekiranya kepimpinan Pas Pusat tidak menerima calon yang dikemukakan itu, Dewan Pemuda bagaimanapun tetap akan mengarahkan seluruh jentera untuk memastikan calon yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu akan mencapai kemenangan.

“Kita tetap menerima calon yang bakal diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi apa yang kita harapkan adalah cadangan kita diterima, iaitu calon daripada golo-ngan muda dari negeri ini. Apa yang penting sokongan itu selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara Pas bersama pakatan pembangkang.

“Sebelum ini pun kita telah memberi kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi Parlimen ini bakal menjadi milik Pas,” katanya.

Beliau berkata, Pas akan berusaha merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan tidak akan memberi kemenangan percuma kepada calon BN. - buletinonline

Berita berkaitan
Harakahdaily :
Pemuda Terengganu cadang calon phD,Prof Madya
PRK Kuala Terengganu : Pemuda PAS – Calon Muda Tempatan Berkelulusan PhD

Tranungkite : Apa salahnya kalau doa puasa hari Arafah hari ini didoakan untuk kemenangan PAS dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan 2009 ini nanti? (Kalau benar calonnya Prof 'K' nanti, Alhamdulillah. Selamat berjuang sheikh...)

Siasah : Mereka termasuklah Haji Mohamad Sabu sendiri di samping Datuk Wan Mutalib Embong (bekas Adun Batu Burok yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu), Datuk Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu), Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok) , seorang bekas pensyarah UPM yang kini seorang usahawan berjaya dan beberapa nama lagi.

Bagaimanapun, nama Wan Mutalib dan bekas pensyarah itu berada paling depan dalam senarai ini.

1 comment:

Unknown said...

Kalau nak jadi calon pilihanraya elok lah pilih anak tempatan, sebab kita nak pilih pemimpin bukan nak pilih penceramah agama, kalau nak pilih pemimpin mestilah pemimpin yang betul-betul memahami hati nurani dan dekat di hati masyarakat tempatan.
Kita bukan nak pilih penceramah agama, kalau nak pilih penceramah, tak apalah kita ambil penceramah dari luar, pasti berbondong-bondong orang tempatan nak dengar ceramah dia.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese