Kuala Terengganu – Sikap ‘Double Standard’ pengurusan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terhadap perlaksanaan hukum-hukum Islam dalam syarikat penerbangan nasional itu amat dikesali.
MAS bersifat ‘talam dua muka’ dengan ‘mengharamkan’ pemakaian tudung kepala dikalangan kakitangan wanita, namun demikian berupaya pula memberikan khidmat peramugari yang memakai tudung untuk penerbangan Haji.
“
“namun MAS telah meletakkan peraturan ‘mengharamkan’ peramugarinya memakai tudung sebaliknya boleh pula dilaksanakan untuk beri khidmat kepada bakal-bakal haji yang naik kapalterbang untuk menunaikan fardhu Haji,”kata Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik.
Beliau kesal dengan pihak pengurusan tertinggi MAS khususnya Ketua Pegawai Operasi MAS, Dato’ Idris Jala yang juga orang Islam sepatutnya mengetahui sensitiviti ini.
Menurutnya dengan menyediakan khidmat peramugari bertudung untuk penerbangan haji bermakna MAS berupaya memberikan khidmat selaras hukum Islam.
Katanya PIA dan Brunei Royal tidak menerima apa-apa kesan dari pelbagai bangsa dan ugama yang menaiki pesawat penerbangan tersebut walaupun peramugari mereka bertudung,
“ini menunjukkan bahawa ‘bertudung’ merupakan kod etika pakaian Islam yang diterima oleh universal,”katanya
Selain itu, perkara yang lebih buruk, kata beliau, MAS masih menyediakan ‘arak’ sebagai minuman yang ditawarkan kepada pelanggannya.
"arak boleh membahayakan bukan sahaja kepada orang yang minum, tapi kepada penumpang dan kapalterbang, bila minum arak, mabuk, macam-macam boleh berlaku,”kata beliau.
Katanya PAS sudah lama menyuarakan dan menentang perkara ini dan berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan sewajarnya. - buletinonline
2 comments:
tu la, ramai yang hebohkan ttg Islam tapi sorang pun tak praktikkan
AJARAN SESAT LA TUH
Bab tudung tu 1 hal lah kan... bab arak yg tak tahan.. cukup sakit hati bila naik kapal MAS duduk sebelah org yg minum..kita yg terbau nie seksa sepjg masa.. skrg lbh selesa pilih 'yg lain' yg takdak arak..tanpa arakpun mat saleh penuh...menang award bkali2..
Post a Comment