24 November 2008

Ceramah Perdana Anti-ISA, 7 Petugas Ditahan - Malaysiakini

Ceramah Perdana Anti-ISA: Disurai Dgn Kekerasan; 7 Petugas Ditahan

Kerajaan mengarahkan pihak berkuasa menghentikan Ceramah Perdana Anti-ISA dengan apa sahaja cara, menyaksikan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turun dan menyuraikan perhimpunan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kekerasan.

Ceramah Perdana yang dihadiri pimpinan kanan Pakatan Rakyat dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA dalam usaha menggesa kerajaan menghapuskan kezaliman dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kekerasan ini membuka tirai baru dalam sejarah politik negara selepas Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak memenangi kerusi Presiden Umno baru-baru ini.

Setakat berita ini ditulis, tujuh petugas ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pandan Indah. Mereka adalah Kamaruzaman, Mohd Sani Hamzan, Saripuddin Mohd Yatim, Abdullah Rahman, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli dan Azman Abdul Hamid.

Orang ramai diminta menghubungi IPK Pandan Indah di 03 9274 2222 untuk memberi tekanan supaya membebaskan mereka yang ditahan dan membantah kekerasan malam ini. - SK

Malaysiakini :

Polis surai perhimpuan anti-ISA di Ampang, 7 ditahan

Police stop anti-ISA event in Ampang

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese