24 November 2008

7 Arrested at Anti-ISA Ceramah In Ampang - Malaysiakini



Polis Anti Rusuhan (FRU) mula mengganas sekitar jam 9.30 malam

Antara penyokong yang ditahan termasuklah seorang wanita

Provokasi: Gerakan Mansuh ISA, Polis Menahan Tujuh Lelaki Dalam Perhimpunan Malam Tadi !!

KUALA LUMPUR - Pihak polis telah menahan sekurang-kurangnya tujuh lelaki, termasuk beberapa pemimpin Pemuda PAS, kerana dipercayai terlibat dalam satu perhimpunan haram di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah malam tadi. Mereka yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pandan Indah. Antara individu terbabit ialah Kamaruzaman, Mohd Sani Hamzan, Saripuddin Mohd Yatim, Abdullah Rahman, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli dan Azman Abdul Hamid. Turut ditahan ialah Pemimpin Pas Salahuddin Ayub dan Mat Sabu. Ketua Pemuda PAS yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata beliau hadir ke perhimpunan tersebut bagi menyuraikan penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berhimpun kerana mereka tidak maklum bahawa perhimpunan ini tiada permit.

"Saya datang untuk melaksanakan tugas dan menyuraikan mereka kerana mereka tidak maklum tetapi belum pun tamat masa yang diberi, mereka ditahan," katanya kepada pemberita di luar perkarangan balai. Perhimpunan di dataran itu yang dijangka bermula sekitar jam 9 malam tadi diadakan sempena pelancaran kempen anti ISA dan ia dijadualkan dirasmikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau bagaimanapun dinasihatkan agar tidak hadir ke perhimpunan tersebut demi keselematan. Menurut laporan polis telah bertindak mengasak orang ramai keluar dari kawasan padang MPAJ, ketika Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu berucap kepada mereka yang hadir. Turut kelihatan ialah Ibrahim Yaakob dari PKR. Kedengaran laungan 'Allahuakbar" dari orang ramai tatkala Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tiba di Padang MPAJ.

Kira-kira 80 orang berada di depan pentas ketika itu. Beliau juga dikatakan telah berbincang sesuatu dengan pihak polis. Sementara itu pihak polis telah mengadakan sekatan di Jalan Pandan Indah sejak pukul 8.00 malam tadi. Sekatan jalanraya itu diadakan di depan padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di situ. Majlis dijadualkan berlangsung di padang tersebut mulai jam 9 malam. Namun, sekitar jam 8 malam, kelihatan empat trak polis - dua kecil dan dua besar serta sebuah van polis bergerak dilihat memantau keadaan di situ. Tidak dapat dipastikan berapa ramai anggota polis yang hadir kerana mereka berada di dalam trak kerana hari hujan. Hujan turun lebat kira-kira jam 7.30 malam dan beransur reda selepas jam 8 malam. Turut kelihatan, pentas berbumbung di situ juga ditutup dengan rentangan tali kuning oleh pihak polis di sekelilingnya. Orang ramai dihalang hadir dan menurut Pengerusi Gerakan Mansukan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, majlis tersebut tetap akan berlangsung. Sebelum ini, pihak polis telah menolak permohonan pihak penganjur untuk mendapatkan permit perhimpunan itu.

mStar :
Tiada permit himpunan mansuh ISA Pakatan terbatal

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese