PETALING JAYA - Kesemua 24 tahanan yang ditahan dalam perhimpunan aman sempena ulangtahun pertama perhimpunan Bersih dibebaskan kira-kira jam 7.30 pagi ini.
Kesemua mereka termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam keadaan sihat dan mereka telah ditahan di Balai Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini.
Mereka ditahan ketika berhimpun secara aman di harapan Dewan Sivik Petaling Jaya dan dikasari pihak polis ketika acara terakhir iaitu menyanyikan lagu Negaraku semalam kira-kira jam 10 malam.
Ketika dihubungi, Tony memberitahu bahawa beliau dan tahanan lain akan mengadakan sidang media di lobi parlimen hari ini jam 11.00 pagi.
Sementara itu, wartawan Suara Keadilan Rusnizam Mahat ditahan selama dua jam kerana menyoal Ketua Polis Selangor berkenaan prosedur tangkapan yang dilaksanakan pihak polis.
“Pihak polis hanya mengambil kenyataan di bawah seksyen 112, dan saya memberikan kerjasama kepada mereka,” tanyanya selepas dibebaskan kira-kira jam 1.30 pagi ini. - Syukree Hussain
[Video Rusnizam selepas keluar daripada Balai Polis Daerah Petaling Jaya]
No comments:
Post a Comment