Gocoh – gelagat ahli UMNO dalam Mesyuarat Umno Bahagian Seremban di Kelab Golf Tuanku Jaafar, Senawang, semalam.
UMNO tidak akan menjadi sebuah parti yang berjaya dalam perjuangannya jika kepimpinannya tidak dibarisi oleh pemimpin yang ikhlas, berwibawa dan berintegriti, kata Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana dilaporkan media perdana hari ini.
Pak Lah berkata lagi, UMNO tidak akan dapat mengecapi kemajuan dan menghadapi cabaran masa depan seperti yang diharapkan jika ada pemimpinnya yang tercemar integritinya, peribadi yang lemah dan tidak mempunyai hala tuju.
Realitinya memang masa depan UMNO memang tidak mampu mendepani cabaran kerana rasuah yang berleluasa, akhlak yang buruk dan hanyut mengikut arus dunia
Pak Lah juga menasihatkan anggota parti supaya membuat pilihan dengan berhemah dan tidak hanya memilih pemimpin untuk mengisi jawatan tertentu di peringkat nasional.
Realitinya Pak Lah tidak perlu menasihat anggota partinya, terutama kepimpinannya kerana cakap Paklah tak ada siapa yang nak dengar;
1. Pak Lah kata pimpinan UMNO Terengganu tidak boleh guna Mercedes, kereta tersebut hanya untuk tetamu terhormat – Cakap Pak Lah langsung tidak dipedulikan. Semua Exco-exco kerajaan Terengganu terus bergaya ke sana ke mari dengan compressor E-200, tak ada seorang pun tetamu Kejohanan Kuda Lasak yang naik Mercedes baru-baru ini, para Exco bukan sahaj gunakan kereta Mercedes untuk urusan rasmi, tapi Mercedes di lanyak kemana sahaja hatta ke Mydin untuk beli belah pun guna Mercedes
2. Pak Lah kata Menteri Besar Terengganu Ahmad Said tidak boleh halang ahli UMNO bertanding mana-mana jawatan, oleh itu Ahmad Said tidak boleh pecat Exco kerana bertanding rebut ketua bahagian – Ahmad Said tak peduli sikit, Malah Ahmad kata ‘kehendak saya kena ikut juga, saya Menteri Besar. Ahmad berkata lagi “Yahya tidak langgar disiplin UMNO, tapi dia langgar arahan saya !”
Pak Lah terus berkata-kata, mereka yang menjadi perwakilan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan calon yang dipilih mempunyai nilai-nilai yang diperlukan untuk menerajui parti itu.
Realitinya merka yang menjadi perwakilan bersedia menjelang Mac untuk ‘letak harga’. Siapa yang tawarkan harga paling tinggi, pasti akan diundi. Tidak ada nilai-nilai pada calon kecuali nilai wang ringgit, sebab itu Tengku Razaleigh berkata, iman orang UMNO sekarang ada pitih.
Realitinya bergocoh UMNO dalam mesyuarat Agong, maka bergocohlah rakyat
- Buletinonline
No comments:
Post a Comment