Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Negeri Terengganu (AMKNT) Fariz Musa (gambar) memberitahu Buletinonline kelmarin, pihaknya mendapat respon positif dari Pegawai Daerah Kemaman Encik Mohd Nor Ibrahim. (gambar)
“Kita mendapat respon dari tuan pegawai daerah, beliau sedia berunding, sekarang beliau berada di Johor Bharu, beliau akan balik pada hari khamis dan akan melihat memorandum kita,
“Kemudian beliau sedia berunding dan meminta kita menangguhkan dulu penghantaran memorandum kepada Yang di Pertuan Agong,”kata Fariz yang juga Pengerusi Pusat Cakna Rakyat yang mengetuai 30 orang penduduk RTB Bujal, menyerahkan memorandum ke PDT Kemaman minggu lalu.
Menurut beliau sebagaiman perbualan telefon antara beliau dengan pegawai daerah, pihak pejabat daerah dan tanah sedia mendengar pandangan dan suara hati penduduk RTB Bujal dalam usaha untuk menyelesaikan isu yang sedang dihadapi oleh mereka.
“Harapan kita besar kepada pegawai daerah dapat menyelesaikan tuntutan kita, terutamanya penyambungan bekalan elektrik dan air diselesaikan dengan segera,
“ia penting dan ia merupakan keperluan asas melibatkan penduduk dan keluarga mereka,”katanya apabila ditanya tentang harapan beliau terhadap perundingan yang bakal diadakan dengan pihak PDT Kemaman.
“Kita meminta pihak kerajaan supaya memikirkan, ramai rakyat yang duduk diatas tanah kerajaan mendapat notis supaya keluar dari tanah tersebut, isunya mengapa mereka duduk ditanah kerajaan ? kerana mereka tidak ada tanah,
“kita menyokong dan memuji kerajaan PAS dulu yang mengagihkan tanah-tanah lot melalui rancangan tanah berkelompok kepada rakyat yang telah berkeluarga dan tidak memiliki tanah,”kata beliau.
Justeru itu, beliau berkata mereka (generasi muda) memerlukan pembelaan kerajaaan untuk diberikan tanah lot tempat tinggal bagi mereka membina rumah kediaman. - buletinonline
No comments:
Post a Comment