10 November 2008

Akta ISA sempurnakan agenda Amerika dan mansuh ISA, kini harapan pada PR - Malaysiakini

Akta ISA Sempurnakan Agenda Amerika - Badrul Amin

Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh kerajaan BN menyempurnakan agenda Amerika.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT), Dato’ Dr. Badrul Amin Bahron, Amerika menggunakan Akta seperti ISA untuk mengekang penyebaran Islam dan membentuk pendapat umum bahawa kumpulan seperti Osama Laden adalah pengganas walaupun perkara tersebut belum dibuktikan.

Menurut Badrul, BN di Malaysia menggunakan taktik yang sama dalam menahan sesorang atau kumpulan tertentu seperti Jemaah Islam Malaysia (JIM), tokoh politik dan aktivis masyarakat.

Katanya lagi ISA digunakan bukan untuk mengekalkan ketenteraman negara seperti yang didakwa, tetapi bertujuan mengekalkan kuasa pemerintahan BN dan kerusi empuk Menteri-menteri.

Beliau dihubungi pagi ini ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan penahanan ISA berasaskan fakta.

Badrul turut mempersoalkan bagaimana seseorang itu boleh ditahan walaupun tanpa bicara sedangkan mereka belum dibuktikan di mahkamah.

“Seseorang tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh pihak mahkamah.”Ujarnya

Menurutnya, Akta ISA wajar dimansuhkan segera kerana menafikan hak seseorang dan bertentangan dengan undang-undang Islam yang mementingkan keamanan dan keadilan sejagat.

“Akta zalim ini mencabul hak kebebasan manusia dan prinsip kemanusiaan sejagat.”. Tambahnya yang juga bekas tahanan ISA selama dua tahun sejak 2001. - SK

Mansuh ISA, kini harapan pada Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari menegaskan harapan untuk melakukan perubahan selepas negara dicengkam akta zalim ISA kini terletak pada bahu Pakatan Rakyat.

Bercakap semasa membuat ulasan buku 'Dua Wajah : Penahanan Tanpa Bicara' karya Dr syed Husin Ali pada 9 November lalu, Said Zahari berkata, akta tersebut perlu dimansuhkan segera.

Ujarnya, pengharapan itu diletakkan berasaskan kepada komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan akta tersebut jika berjaya memerintah negara.

"Jika tidak dalam masa sekarang, saya harap ia berlaku pada pilihan raya umum akan datang, ini hasrat rakyat yang kini mula menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat," katanya.

Baginya, rakyat kini melihat lime negeri yang ditadbir pakatan rakyat sebagai contoh 'kebebasan bersuara' dan ianya perlu berterusan sehingga pakatan berjaya memerintah negara.

Beliau menjelaskan, ISA dijadikan senjata oleh kerajaan Umno/BN sejak selepas merdeka bagi menyekat suara rakyat terutamanya pembangkang.

Malah akta tersebut jugalah yang menahan beliau selama 17 tahun, dan Dr Syed yang juga bekas Pensyarah Universiti Malaya selama enam tahun.

Kini rakyat menuntut akta itu dimansuhkan segera, walaupun kerajaan Umno/BN mahu ianya hanya dikaji semula, katanya.

Akta ini sebenarnya adalah senjata kerajaan dalam menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat, dan ianya telah diungkap dalam pengkisahan semula Dr Syed Husin dalam bukunya yang diberi nafas baru, ujar Said Zahari.

Beliau seterusnya menyeru kelompok muda dan generasi pejuang agar menghayati penulisan Dr Syed ini dalam mengenai erti sebenar perjuangan.

Dalam majlis yang sama, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan empat buku tulisan Dr Syed Husin itu.

Empat buku tersebut diterbitkan salah satu daripadanya oleh Unit Buku Harakah dan tiga oleh The Strategic Information Research Developement Centre (SRID).

Buku-buku tersebut bertajuk, "Orang Melayu Masalah dan Masa Depannya' yang diulas oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sementara buku ' Ethnic Relations in Malaysia : Harmony and Conflict diulas oleh Dr Lim Teck Ghee.

Selain itu buku 'Dua Wajah : Tahanan Tanpa Bicara yang juga diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris "Two Faces : Detention Without Trial diulas oleh bekas Pengarang Utusan Melayu dan tahanan ISA, Said Zahari.

Turut hadir dalam pelancaran tersebut, Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Adun Kajang, Dr Shafie Bakar; Adun Lembah Jaya, Ustaz Abu Kassim; Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali; Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Loh Gwo Burne (Kelana Jaya); dan kira-kira 200 tetamu.

Unit Buku Harakah pula diwakili oleh Editor, Syed Putra Syed Ahmad yang turut memberi ucapan aluan mewakili Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamarudin Jaffar yang tidak dapat hadir berikutan komitmen parti. - Hrkh

1 comment:

Anonymous said...

Bukan akta ISA sahaja zalim. Semua akta yang tidak serasi Islam adalah zalim. Jadi, wujudkan segera Perundangan Malaysia. Dan tak mahu lagi 'common law'. Yang bukan hudud semuanya sempurnakan agenda musuh Islam.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese