Di bawah adalah petikan penggulungan ucapan YB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP. pada 21 OKtober 2008 lepas.
Baca dan nilai sendiri.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Oleh itu saya harap jawablah dengan betul-betul. Sebelum saya habis, saya ingin hanya merujuk kerana musim ini adalah musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, saya pun ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Walfaizin kepada semua Ahli Yang Berhormat yang beragama Islam. Pada masa yang sama, kita harap dalam bulan Syawal suci ini bolehlah kita merenung kembali apakah sistem pemerintahan yang kita hendak amalkan. Di sini, seperti yang kita pernah sebut, politik atau pentadbiran baik yang kita harus amalkan daripada Empayar China, daripada Empayar Roma seperti Marcus Aurelius daripada Empayar China, Menteri Wei Zheng daripada Dinasti Tang dan juga Khalifah Umar Abdul Aziz dalam zaman kegemilangan Tamadun Islam.
Dalam sistem politik pemerintahan yang diamalkan oleh beliau adalah berdasarkan prinsip amar makruf nahi mungkar. [Disampuk] Apakah yang dimaksudkan oleh beliau sebagai amar makruf nahi mungkar? Iaitu dalam ertinya membangun negara dengan nilai-nilai kebebasan, nilai-nilai kebenaran, nilai-nilai ketakwaan kepada Tuhan, nilai-nilai kebajikan dalam semua bidang kegiatan kenegaraan dan masyarakat, di samping membasmi segala kemungkaran yang melekat sebagai kuman penyakit yang merosakkan…
Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Minta laluan.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: …seluruh masyarakat dan negara.
Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Bagan, minta laluan. Laluan sedikit sahaja.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Saya tidak cukup masa.
Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Satu ayat sahaja.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Tidak cukup masa, tidak apa.
Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Okey, terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Minta maaf, nanti. Amar makruf tanpa diiringi nahi mungkar adalah sia-sia, manakala nahi mungkar tanpa menjalankan amar makruf adalah hampa. Amar makruf tanpa nahi mungkar akan mewujudkan bandar-bandar yang cantik dan indah seperti Putrajaya dengan rumah-rumah yang tersusun, bangunan-bangunan pencakar langit yang pada lahirnya tampak megah dan membanggakan, tetapi pada batinnya buruk dan pecah berderai kerana penghuninya terdiri daripada manusia yang rosak akhlak dan mentalnya. Sesungguhnya pembangunan raksasa tanpa nahi mungkar…
Dato’ Ismail bin Kasim [Arau]: Bagan, pohon laluan.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: …tidak baik.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Itu habuan seks sebagai sedekah itu amar makruf ke?
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Itu amalan jahiliah.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Jawablah.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: …akan hanya melahirkan manusia-manusia yang tidak mengikuti ajaran universal agama.
Seorang Ahli: Dakwah ke?
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Ini bukan dakwah. Ini adalah ingatan tentang pentadbiran politik. Begitu juga nahi mungkar tanpa amar makruf akan menyebabkan kemunduran di mana tiada kemajuan dalam masyarakat, tiada kegiatan dan jumud tanpa perjuangan…
Dato’ Ismail bin Kasim [Arau]: Pohon laluan.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: …di dunia yang sentiasa bergerak…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi laluan, Yang Berhormat?
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: …ke arah kemajuan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat tidak ada masa, Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Saya rasa inilah harapan rakyat Malaysia ke atas sistem pentadbiran politik amar makruf nahi mungkar yang diamalkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.

4 comments:
Dear Thinking of Life
Thank You YB Lim for telling the Malays of UMNO the real meaning of leadership, responsibility, accountability to GOD (Allah Almighty)
Depa semua hanyalah pemain politik sehingga tua!. Tiap-tiap hari main politik sehingga apa yang dicakap dah tak dihiraukan rakyat pun mereka tak sedar.
Tiap-tiap hari lihat saja watak mereka dalam TV3. Lebih-lebih lagi YB Kinabatangan yang hendak bercakap atas semua isu walaupun apa yang terkeluar dari mulut macam sampah. Dr Puad pulak nak tunjuk intelektual, tapi pun hampas juga yang keluar dari mulut.
Sedih lihat pencacai UMNO tiap-tiap hari. Sedih!. Kadang-kadang terfikir mereka ni tak takut Allah ke?.
Sekian
The Mind!
GUA ADA KOMEN JUGA.... NAMPAKNYA MINTA INI OLANG DEBAT DENGAN YB ZUL KULIM.... TAJUKNYA
"MENGAPA PERLU PELUK ATAU MASUK ISLAM... DAN BERJAWI"
KALAU CAKAP SAJA... AIR SEMBAHYANG TAK ADA... BOLEH PAKAI KE? NANTI JADI SNOUCK HADROJE DI ACHEH SATU MASA DULU.... MUNAFIK MASUK ISLAM TAPI NAK HANCURKAN ISLAM. SENDIRI MAU INGAT TU. KALAU UMNO KAU ORANG KAPIRKAN YAAA....
aberamly.wordpress.com
ramlyotai.blogspot.com
Dear Otai
YB Lim cakap perkara benar....kita kena sokong. Dia pun ada cakap perkara salah, kita kena tegur!
Yang orang UMNO tak habis-habis macam budak-budak main pondok-pondok ni apasal?....Tiap-tiap hari, jadi politikus yang hanya pandai MAIN POLITIK!. Kalau main-main, macam mana nak betul?. Boleh buat betul ke main-main aje?
Tengoklah apa dah jadi dengan bangsa Melayu setelah lebih 60 tahun orang Melayu membenarkan UMNO menerajui bangsa ini. Ini lah yang saya tegur. Mana yang kafirkan depa pulak?
Kalau perangai macam orang tak betul, tiap-tiap hari mendendangkan isu politik yang dah basi, siapa nak dengar?. Lama-lama maka terkeluarlah kata-kata yang seolah-olah menggambarkan bahawa mereka seolah-olah sudah letak tuhan (Allah) sebagai perkara yang sudah tak penting lagi....Yang penting hanya UMNO dan politik!.
Inilah masaalahnya wahai OTAI!. Bangsa bertuah ini sudah sebati dengan agama Islam sejak lebih 500 tahun. Itu yang orang Melayu mahu dikekalkan!. yang kami lihat pemimpin UMNO banyak mencairkan agama suci ini....maka ramailah orang yang berani cabar agama Islam kini. Orang UMNO nak guna sentimen perkauman dan agama saja?. Itulah akibat bermain politik dengan Islam. Cakap je tapi tak buat, maka lemahlah Islam itu!.
Tentang Snouck tu, sudah ramai hipokrit nyata dikalangan orang Melayu hari ini. Tak payahlah nak sembunyikan mereka. Mula-mula berani jadi hipokrit, lama-lama akan jadi munafiklah....itu Allah yang tahu!.
Jangan pulak kalau Allah beri hidayah kepada YB Lim memeluk Islam, OTAI kata dia macam Snouck sudahlah!
Ikhlas

Post a Comment