25 October 2008

Sekitar Sambutan IdulFitri PAS Terengganu - Malaysiakini

Lebih 3000 Hadir Rumah Terbuka PAS Terengganu

Kuala Terengganu – Walaupun sudah 23hb Syawal, namun Majlis Rumah Terbuka PAS Terengganu yang diadakan di perkarangan Pejabat PAS, Taman Seri Intan dekat sini, disambut meriah Kelmarin

Majlis yang bermula jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 3 petang menyaksikan, lebih 3000 pengunjung dari pelbagai latar belakang bangsa dan ugama hadir meraikannya .

Sambutan pada tahun ini lebih besar dengan pelbagai juadah yang disediakan mengikut kawasan masing-masing dari Kemaman hingga ke Besut.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali dan semua Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Dewan Ulama’, Pemuda dan Muslimat hadir meraikan majlis tersebut.

Kawalan keselamatan parkir serta tunjuk arah lancar dengan khidmat beberapa orang sukarelawan dari Unit Amal Terengganu.

Dato’ Mustafa dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan kehadiran para tetamu serta orang ramai ke majlis rumah terbuka PAS Terengganu yang diadakan setiap tahun.

“Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu merakamkan ucapan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin.

“Pada hari dan bulan yang mulia ini adalah lebih baik kita saling bermaaf-maafan jika berlaku kesilapan,” ujarnya kepada para hadirin.

Bendahari PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut turut merakamkan ucapan salam aidilfitri serta mengharapkan suasana muhibbah dapat diteruskan.

Katanya, PAS bersama masyarakat dan majlis rumah terbuka tersebut menggambarkan hubungan PAS dengan rakyat terjalin.

“Saya ucap terima kasih kepada para hadirin ke majlis rumah terbuka PAS Terengganu dengan semangat muhibbah.

“Kita (PAS) bersama masyarakat dan perjuangan PAS kini untuk semua orang,” ujarnya dalam ucapan ringkas tersebut.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani mengingatkan umat Islam terutama pemuda-pemuda agar terus bersama dengan perjuangan PAS.

Katanya, Pemuda PAS Terengganu tetap akan meneruskan usaha mendekati masyarakat terutama golongan muda yang terbiar.

“Pada hari raya ini Pemuda PAS Terengganu bertekad akan terus mendokong perjuangan parti dan sasaran kita selepas ini golongan muda.

“Golongan belia remaja kini semakin ‘liar’ dan Pemuda PAS kena ambil tanggungjawab mendekati mereka,” tegasnya.

Kemeriahan majlis serta keceriaan yang terpancar dari wajah muslimin dan muslimat yang hadir mengambil kesempatan untuk bertemu muka, bersalam-salaman dan bermaf-maafan diantara kepimpinan PAS negeri Terengganu dengan penyokong, pendokong dan seluruh rakyat. - buletinonline










No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese