25 October 2008

Presiden PAS dan MB Perak ke Ijtima' Gerakan Islam Antarabangsa, Pakistan - Malaysiakini

Suami selamat tiba di Lahore

Kira-kira jam 4.00 pagi tadi suami menelefon memaklumkan bahawa beliau telah selamat tiba di Lahore. Suami juga memberitahu bahawa ada sesi beliau akan berucap di hadapan 500,000 jemputan dari seluruh dunia yang menghadiri Ijtima' Gerakan Islam Antarabangsa.

Suami berangkat ke Pakistan (24 Okt. 2008)


Suami bersama Sheikh Qazi Hussain dan TG Haji Abd Hadi
ketika Muktamar PAS ke-54 di Ipoh

Pagi tadi suami keluar dari kediaman rasmi terus pejabat dan kemudiannya ke Istana Kinta mengadap Paduka Seri Sultan Perak yang menjadi aturcara program dwi-mingguan beliau. Segala berita perkembangan terbaru di Perak dan masalah-masalah yang timbul akan disampaikan kepada sultan.

Selesai program di Istana, suami mempengerusikan Mesyuarat Exco di Dewan Mesyuarat SUK dan selesai mesyuarat beliau terus bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Hari ini suami berangkat ke Pakistan dan akan berada di sana selama 4 hari. Saya dan anak-anak tidak dapat bersama menghantar beliau di Pulau Pinang memandangkan jadual pagi beliau yang padat dan perlu segera ke lapangan terbang. Dari Pulau Pinang suami menaiki penerbangan Air Asia ke Bangkok dan menyambung perjalanan ke Lahore, Pakistan dari Thailand.

Di Lahore, suami yang mewakili Parti Islam SeMalaysia bersama Tuan Guru Presiden Haji Abd Hadi Awang dan beberapa yang lain menghadiri Ijtima' Gerakan Islam Antarabangsa.

Ketika Muktamar PAS Ogos lalu, Sheikh Qazi Hussain selaku Amir Jamaat Islami Pakistan yang berada di Malaysia telah menyampaikan hasratnya untuk menjemput suami ke muktamar di Pakistan dan pada Ramadhan yang lalu suami mendapat khabar dari PAS Pusat meminta beliau untuk turut bersama dalam rombongan PAS ke Pakistan. - datinserifatimah

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese