‘‘Kita harus ingat gaji kita dibayar daripada kocek rakyat. Jika merasakan tidak mampu memberi khidmat terbaik (mungkin kerana beban kerja terlalu berat atau gaji tidak memadai), kita ada pilihan. “Pilihannya sama ada terus memikul beban demi kepentingan awam atau meninggalkan jawatan masing-masing atas kepentingan peribadi,” katanya. Ketua Hakim Negara ke-12 itu berkata demikian ketika berucap pada majlis pelantikan ke jawatan itu di Istana Kehakiman di sini hari ini. Beliau menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib pada 17 Oktober lalu.
Kami sempat menyaksikan kelibat Hakim Coklat Hacks semasa Ketua Hakim Negara berucap. Dalam hati terkadang kita lihat, kata-kata Tan Sri Azmi itu ada benarnya. Namun ia bukan sahaja harus ditujukan kepada kepada mereka yang gagal menjalankan tugas dengan baik. Sepatutnya ingatan itu juga harus ditujukan kepada hakim-hakim yang boleh “dijual-beli” seperti Augaustine Paul itu. Beliau sepatutnya tidak layak lagi untuk bergelar “Hakim”, tambahan pula Anwar sudah dibebaskan dari pendakwaan kes liwat dimana beliau antara hakim yang dipercayai bersekongkol untuk mensabitkan mantan TPM itu dengan kes berkenaan. Maka bila melihat mukanya dalam Istana Kehakiman, terasa lucu pula mendengar kenyataan Ketua Hakim Negara itu. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah. - pahangdaily
Malaysiakini: Ketua hakim baru beri kata dua
No comments:
Post a Comment