1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian dalam memastikan KLIA dapat terus menjadi hub penerbangan yang terbaik di dunia.
2. Dato' Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [ Hulu Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan nama badan-badan bukan Kerajaan dan pusat pemulihan dadah persendirian (PPP) yang telah menerima peruntukan sebanyak RM700,000 yang telah diperuntukkan pada tahun 2008. Apakah kriteria pemberian peruntukan tersebut, terutamanya kepada PPP yang berdaya maju menjalankan program pemulihan dan yang gagal melaksanakan program pemulihan penagih setelah menerima peruntukan.
3. Puan Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) bilangan sekolah-sekolah yang telah lengkap dengan peralatan bagi Projek 'SchoolNet'; dan
(b) bilakah kesemua 10,000 sekolah yang dicadangkan akan selesai dilaksanakan.
4. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah IPTS yang dibuka dan ditutup serta jumlah pelajar-pelajar yang terjejas akibat daripada penutupan tersebut dan jumlah pelajar yang telah menyempurnakan kursus-kursus dari 2004 hingga 2008.
5. Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah OKU mengikut jenis setakat ini dan adakah Kementerian memperkenalkan program terbaru yang lebih berkesan untuk memastikan golongan ini betul-betul dapat hidup berdikari.
6. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kriteria yang diguna Kerajaan dalam membuat keputusan menyambung kontrak PUSPAKOM untuk lima belas tahun sedangkan mutu perkhidmatan mereka begitu mengecewakan. Sejauh manakah Kerajaan membuat penilaian secara profesional dan telus.
7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengenai pemuliharaan ikan tuna di perairan Langkawi, berapakah peruntukan dan perbelanjaan sehingga sekarang:-
(a) agensi manakah yang mengendalikan projek ini; dan
(b) berapakah hasil tangkapan dan adakah projek ini dilaksanakan di tempat-tempat lain.
8. Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah asas keadilan yang dipatuhi oleh pihak Kementerian dalam merangka proses sistem kenaikan pangkat melalui Time Based kepada guru siswazah dan bukan siswazah yang telah lama berkhidmat berbanding dengan guru-guru yang telah memenuhi syarat minima.
9. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah polisi Kerajaan dalam menjaga kepentingan peniaga-peniaga kecil yang terpaksa bersaing dengan hypermarket seperti TESCO dan GIANT yang kesannya menyusutkan hasil jualan mereka.
10. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah kerugian akibat kebakaran bot-bot laut dalam yang berlaku di pelabuhan Tok Bali pada akhir Jun lepas.
11. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Hakim Ian Chin tidak dihadapkan ke sebuah tribunal atas kesalahan beliau membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap Kerajaan terdahulu.
12. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah Kerajaan akan berikan bantuan sepenuhnya kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) tanpa apa-apa syarat.
Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.
Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan 27 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah kesan-kesan ekonomi yang berlaku ke atas pengusaha tadika swasta setelah Kerajaan memperkenalkan tadika 6 tahun di sekolah dan adakah Kerajaan bercadang memberikan bantuan untuk memastikan pengusaha tadika dapat terus bersaing tanpa kelas 6 tahun.
Sesi Perbahasan Usul/ Penggulungan Bajet 2009 (mulai jam 11.30 pagi)
1. Menteri Pertahanan (11.32 pagi)
..... mppas>>>l

No comments:
Post a Comment