Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel mereka ‘pak lawak’ sebagai satu penghinaan dan boleh memecahbelahkan parti.
Bekas Perdana Menteri itu perlu berhenti daripada memberi pandangan negatif berhubung parti jika beliau ikhlas hendak memperbetulkan parti.
Katanya, kenyataan Dr Mahathir bahawa tiga pesaing selain Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan Mac tahun depan, sebagai ‘pak lawak’ tidak sewajarnya dibuat. - jiwo kelate
Siapa Mahathir???
Assalamualaikum,
begitulah sindiran yang dikeluarkan oleh artist terkenal M.Nasir dalam satu insiden beberapa tahun yang lepas. Zaman itu ialah zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, dan Datuk Mohamed Rahmat adalah setiausha BN pada ketika itu. Apabila cemuhan siapa Mahathir? ini sampai ke pengetahuan Datuk, maka melenting yang teramat tinggilah si Datuk. Bagaimana seorang artis boleh memperlekeh perdana menteri yang sangat disayangi dan dihormati rakyat? Maka bergegaslah si Datuk mengatur tindakan yang perlu dikenakan kepada artist tersebut.
Ada suara yang inginkan artis tersebut digam, supaya lagu lagunya tidak kedengaran lagi, ada yang mahu artist tersebut dilucut kerakyatannya, kerana timbul cerita artist tersebut sebenarnya rakayat Singapura. Ada yang mahu artist tersebut ditongkangkan kembali ke Singapura.
Si Datuk begitu tegas tindakannya terhadap sebarang perlekehan dan pengecil ngecilan terhadap wira jagat Dr. Mahathir. Begitulah taatnya, patuhnya, dan enggehnya si Datuk, dan semua bala tentera UMNO terhadap Dr. Mahathir.
Tetapi sekarang anak si Datuk ini, yang bernama Nur Jazlan memperlekehkan Tun Dr. Mahathir, kerana bekas PM ni menggelarkan dia, Ali Rustam dan Mohamad Taib sebagai jokers yang ingin bertanding jawatan naib presiden UMNO.
Kalau bapaknya dulu begitu taat kepada Dr. Mahathir seperti Hang Tuah taat kepada sultan, mengapa ketaatan ini tidak ada pada anak si Datuk?
Jawapannya kan senang; ketaatan tesebut adalah ketaatan kerana mengampu. Bila sudah tidak pegang jawatan lagi, nak buat apa taat.
Kalau dia dah pegang jawatan, nak hormat ke hapa. Siapa Mahathir? - Dr
3 comments:
Saya tidak nampak perbezaan pendapat dalam UMNO itu adalah sesuatu yang tidak baik. Bersetuju juga bukanlah bererti mengampu. Sekiranya itulah ukurannya, adalah "mengampu" juga berlaku dalam PAS? Tidak salah untuk mengatakan kita baik, yang salah apabila kita mengatakan orang lain jahat.
Sahabat,
Terima kasih kerana sudi memasukkan blog saya dalam blogroll saudara. Semoga saudara diberkati Allah s.w.t. dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Teruskan perjuangan.
Awas!!! Mahathirsm is coming back
Post a Comment