“Akar umbi menyokong kehadiran saya tetapi peringkat bahagian tidak begitu menonjol, secara umumnya orang memberi restu kepada saya.
“Saya layak menawarkan diri berdasarkan khidmat lama saya selama ini dan saya tawarkan diri kerana orang lain tidak berani tampil. keadaan politik sekarang tidak untuk masyarakat Melayu. Sudah 47 tahun saya menjadi ahli Umno. Dulu saya berhenti, berundur dan bukan diberhentikan,” katanya dalam sidang media di kediamannya di Kota Bharu.
Menurutnya, jika saya terpilih sebagai Presiden parti kelak akan mencadangkan pembentukan kerajaan campuran atas nama perpaduan membabitkan BN dan parti pembangkang.
Ku Li berkata, idea membentuk kerajaan perpaduan mirip penubuhan BN yang diilhamkan PM kedua Allahyarham Tun Razak mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat.
No comments:
Post a Comment