Pejuang kemerdekaan negara, Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhirnya siang tadi di rumah anaknya, Kamarudin. Jenazahnya kini diuruskan oleh Surau Al-Hidayah, Kucai Entrepreneur’s Park.
Beliau akan dikebumikan selepas Asar nanti di Tanah perkuburan Islam Sungai Besi off Lebuhraya besraya.
Negara kehilangan seorang lagi tokoh yang telah mengabdikan seluruh hidupnya untuk tanah yang tercinta ini.
Al-Fatihah buat Shamsiah Fakeh, tokoh kemerdekaan negara. Semoga Allah akan menempatkan dirinya bersama orang-orang yang beriman dan berjuang untuk kebebasan ramai. - Amin Islandar
1 comment:
Innalillahirajiun.Salam takziah kpd keluarga Allahyarham Bonda Shamsiah Fakeh.Semoga Allah SWT terima semua amal bakti nya.Semoga Allahyarham bersama para ambia yang soleh.Semoga semua orang Melayu tidak sia sia kan perjuangan dan segala pengorbanan Allahyarham.Hanya Allah SWT berhak menentukan balasan yang setimpal dan se adil adilnya. ALFATEHAH.
arjuna waspada
Post a Comment