31 October 2008

Razak Baginda,Azilah dan Sirul dipanggil bela diri atau dibebaskan............ - Malaysiakini

Hari ini Mahakamah Tinggi, akan menentukan kes pakar perunding dan penasihat politik Najib, Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya dengan Chif Inspektor Azilah Hadri bersama Koperal Sirul Azhar Umar. Mahkamah juga akan memutuskan apakah mereka bertiga akan dibebaskan dari tuduhan membunuh itu ataupun akan dipanggil membela diri.Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri, manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dibebaskan.

Sekiranya ketiga mereka dipanggil membela diri sudah pasti banyak hal-hal yang tidak tersebut sebelum ini akan keluar. Baik Abdul Razak, Azilah atau Sirul mereka akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri mereka. Kes yang mereka hadapi itu sekiranya didapati bersalah menyebabkan mereka akan digantung sampai mati.

Mungkin Najib dan Rosmah tidak terlibat dengan kes pembunuhan itu secara direct,walaupun ada pihak yang cuba mengaitkan mereka dengan kes ini.Nama Najib turut disebut semasa perbicaraan kes berkenaan. Manakala nama Rosmah pula dikait secara terang menerusi satu surat sumpah (SD) yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin. Raja Petra Kamaruddin mendakwa Rosmah tahu bagaimana letupan mayat Altantuya itu dilakukan.

Pembunuhan Altantuya menarik perhatian kerana ia sangat kejam dalam sejarah pembunuh negara ini di mana mayat atau badannya diletup dengan menggunakan peledak C4 kepunyaan tentera.

Sementara itu, perbicaraan kes Anwar yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu. Perbicaraan kes liwat Anwar masih berada di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah. Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.

source:mStar Online

Apa yang jelas kedua-dua kes ini ada kepincangan masing-masing. Mungkinkah kes Altantuya akan berakhir seperti kes Norita? Norita dikatakan telah dibunuh oleh orang mistri. Sedangkan dalam kes Anwar, mengapa si Peguam Negara,Ghani Patail mahu main peranan juga,
sungguhpun Pat Lah dah melarangkannya,menjadi satu tanda tanya yang penuh mistri.............. cheers. - tumpang sekole...?

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese