Tadi Yang Berhormat ada menyebut bahawa ada halangan, ada banyak pihak yang tidak bersetuju tentang penubuhan ini. IGP telah bersetuju. Ini iltizam politik Perdana Menteri.
Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri menerangkan ataupun memberitahu Dewan yang mulia ini siapakah sebenarnya yang tidak mahu, yang menentang sekeras-kerasnya penubuhan IPCMC ini. PM mahu, IGP okey, polis okey. Sekarang ini Yang Berhormat ada menyebut sendiri bahawa ada pihak yang menentang, siapa pihak yang menentang itu? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Cari jawapan itu daripada peristiwa usaha untuk ada hubungan di antara PAS dengan UMNO, ada pemimpin PAS yang besar mengatakan okey.
Itu pandangan dia, hasrat dia tetapi akhirnya tidak jadi kerana sudah ada tentangan daripada mungkin majoriti parti itu. Jadi, tidak perlulah saya hendak suluh perkara yang terang lagi. Kalau Perdana Menteri kata okey tetapi tidak jadi, maknanya daripada mana tentangannya itu.
Rujuk: Pencelahan Penggulungan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ser Nazri Aziz, 29 Oktober 2008 ms 136.
No comments:
Post a Comment