Saya rasa seperti mana yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi, tiada siapa yang mempertikaikan atau ingin membawa perubahan kepada Perlembagaan. Ini merupakan satu perkara yang jelas walhal Yang Berhormat Ipoh Timur pun tidak menyebut persoalan itu. [Dewan riuh]
Akan tetapi persoalan yang telah dikemukakan ialah bagaimana istilah bumiputera ini telah digunakan untuk melaga-lagakan di kalangan rakyat.
Ini seperti mana yang telah disebut tadi persoalan HINDRAF, ini pun di antara isu yang ditimbulkan sedangkan apa yang telah dikemukakan oleh HINDRAF dan masyarakat India merupakan masalah yang genuine, dengan izin, yang dihadapi oleh masyarakat India.
Tak ada sebab kenapa pihak kerajaan walaupun ingin mempertahankan hak orang Melayu kah, orang bumiputera dan sebagainya, tidak ada, sebab mengapa mereka perlu bertindak dan menggunakan isu HINDRAF ini untuk menimbulkan perasaan perkauman di kalangan orang Melayu dan orang India.
Sebagai contoh isu majlis Hari Raya yang dianjurkan di PWTC, bagaimana ianya telah digunakan untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu beragama Islam terhadap orang-orang India yang mana telah datang kepada open house yang tak ada apaapa masalah dan tidak apa-apa pencabulan atau pun penghinaan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap majlis itu tetapi telah diapi-apikan.
Sikap dan tindakan untuk mengapi-apikan inilah yang merupakan sikap dan tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sering kali digunakan oleh UMNO Barisan Nasional. Masalah ini tidak akan selesai kerana selagi mana the real issues dengan izin, tidak diatasi.
Maka persoalan ini dan keadaan ini akan berterusan, lalu tidak boleh kita hendak larikan diri kita daripada hendak menangani masalah-masalah yang genuine yang dihadapi oleh masyarakat India kah, masyarakat bumiputera kah, masyarakat Sabah Sarawak kah dengan kita menggunakan hujah perkauman sebagai satu benteng yang seolah-olah memberikan satu gambaran bahawa orang Melayu begitu sensitif. Sentuh sedikit tidak boleh.
Sedangkan they have dengan izin, genuine problems which have to be addressed. Satu kerajaan yang bertanggungjawab akan mencari penyelesaian dan bukan menimbulkan masalah yang baru dan mengapi-apikan semangat perkauman. Inilah apa yang dilakukan oleh kerajaan, malangnya. Terima kasih.
Seorang Ahli: Sudahlah, mengarut sahaja.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, kita boleh beza di antara kelambu dan nyamuk yang dianggap sebagai kelambu sebab mata kita cerah. Jadi yang nyamuk yang kata dia kelambu pun kita tahu dia nyamuk. Sebab itu kita memerintah pada hari ini, Yang Berhormat tidak memerintah. - mppas »
No comments:
Post a Comment