31 October 2008

Pakatan Rakyat tidak pertikai peruntukan Perlembagaan - Malaysiakini

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, DAP dikatakan membuang Yang Berhormat Wangsa Maju ya. Bagaimana dengan Yang Berhormat Tumpat? Yang dibuang daripada UMNO kerana membantah. Bagaimana Yang Berhormat Permatang Pauh? Jadi dua kali lima juga Yang Berhormat Menteri. [Ketawa]

Seorang Ahli: Yang Berhormat Pasir Mas pun begitu.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Yang Berhormat Pasir Mas pun begitu menteri. Yang Berhormat pun begitu juga, nasib Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya pun kena buang dulu. [Ketawa]
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kenapa balik?

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Mengaku nampak. Jangan mencelah banyakbanyak, kerana kalau dia mula menyalak susah saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, sila.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tapi sabar sahaja lah.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Yang Berhormat Menteri khususnya Pakatan Rakyat tidak ada pertikaian tentang peruntukan-peruntukan yang telah menjadi asas constitutionalism pada constitution.

Sama ada Artikel 3, sama ada peruntukan 153, sama ada 121A, sama ada Senarai 2, Schedule 9, tidak ada pertikaian. Bahkan kita sepakat untuk menjunjung dan mendukung semua peruntukan-peruntukan sebagai asas Pakatan Rakyat.

Persoalannya di sini Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri bercakap tentang nyamuk dan kelambu tadi. Setelah 50 tahun da kita dapati suasana negara kita di dalam satu kancah perbalahan etnik yang kian meruncing. Pakatan Rakyat bersedia untuk kembali melihat perkara ini dan satu pendekatan yang thinking out of the box.

Orang sudah tidak pakai kelambu Yang Berhormat Menteri, mungkin menteri masih pakai lagi kelambu. You got to be able to think dengan izin…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat kalau hendak cerita hal kelambu saya pun pandai Yang Berhormat. [Ketawa]

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Jadi, persoalannya sekarang ini apakah Yang Berhormat Menteri bersedia menerima dalam suasana hari ini? Perlu kepada pendekatan yang dilihat di luar kotak perkauman dan politik perkauman khususnya setelah UMNO - Barisan Nasional mengalami tsunami politik pada 8 Mac yang lalu. Terima kasih. - mppas »

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese