31 October 2008

Pakatan Rakyat tidak pertikai perkara bahasa, agama dan Hak Keistimewaan - Malaysiakini

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya yang kita bahas peruntukan 153 ini sebab apa? Siapa yang pertikai kedudukan hak keistimewaan Melayu dan bumiputera, yang saya faham dok dengar yang UMNO ini dok menyorok di bahagian belakang itu sibuk apa benda? Hendak bahas bangun bahas, selepas itu bagi pahlawanlah. Ini yang jadi masalahnya. Ini seolah-olah dialog with the death.

Apa maknanya? Tidak ada, saya hendak beritahu dalam Pakatan Rakyat ini termaktub tidak ada mempertikaikan peruntukan bahasa, agama, hak keistimewaan, yang dipertikaikan ialah usaha menggunakan beras, melebarkan, memperkaya segelintir, meminggir yang lain.

Soal hak keistimewaan Melayu 153 dan bumiputera Sabah Sarawak termaktub dan kita pertahankan. Bila dibangkitkan isu penganiayaan kepada orang Melayu majoriti miskin, peminggiran rakyat Sabah dan Sarawak yang majoriti, kita pertikaikan kerana kita anggap apa yang dilaksanakan sekarang ini mencabuli semangat yang disebut itu.

Jadi saya cuma hendak minta rakan saya menteri faham bahawa apa yang kita pertikaikan ini tidak sama sekali apa yang termaktub dalam Perlembagaan 153, kedudukan hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. Apa yang kita bangkitkan ialah penyelewengan, rasuah dan peminggiran sebahagian besar rakyat Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua…
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, jangan bimbang, saya faham. Yang tak faham itu Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Taiping, itu yang tak faham, itu masalah kita. [Tepuk]

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kita faham.

- mppas »

1 comment:

Anonymous said...

Bukan soal pertikai hak Melayu lagi kini, tetapi soal memartabattinggikan hak-hak itu. Isu penyelewengan hak inilah perlu dipersoalkan. Soal bahasa Melayu dipinggirkan dan diperlekehkan, dan tidak dipedulikan...itu isunya. Kenapa ini terjadi, misalnya kenapa bahasa Mandarin atau Tamil pula nak didukung sebagai citra kenegaraan. Kenapa tulisan jawi tidak dimartabatkan secara sepatutnya bahkan tulisan bahasa lain pula nak ambil alih tarafnya. Tulisan lain, misalnya tulisan Cina patutnya 'diusir' di papan-papan tanda bagi memberi hak kepada bahasa kebangsaan. Ini bukan lagi soal tolak ansur atau toleransi tapi soal kewajaran dan rasional dan bukan masanya lagi nak mengada-ngada nak tunjuk hak kepentingan kelompok dan individu.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese