Hasrat itu disuarakan dua pemimpin PAS iaitu Naib Presidennya Datuk Husam Musa dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub kepada pemberita selepas mereka turut bersama kira-kira 40 penyokong Hindraf yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini sejak 9 pagi tadi.
Kesemua penyokong itu dipercayai anggota keluarga kepada 10 anggota Hindraf yang kini ditahan reman selama tiga hari bermula Khamis lepas.
Mereka ditahan mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 48) dan disiasat kerana mengadakan perhimpunan haram.
Salahuddin berkata kerajaan patut bagi peluang kepada kumpulan Hindraf kerana dengan menahan pemimpin mereka tidak akan menyelesaikan masalah.
"Sebaliknya kerajaan seolaholah cuba mengelak untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan itu jadi biarlah PAS menjadi orang tengah," katanya.
Bagaimanapun Husam berkata anggota keluarga itu tidak dibenarkan berjumpa tahanan kerana menurut polis, perjumpaan hanya boleh dibuat pada hari bekerja, manakala perjumpaan pada hujung minggu dan cuti umum pula hanya untuk kes kecemasan sahaja.
Kedua-dua pemimpin PAS itu kemudian turut membawa anggota keluarga tahanan menjamu selera di medan selera berdekatan di samping menghulurkan sumbangan RM5,000 sempena Deepavali.
Sepuluh penyokong Hindraf itu ditahan kerana dipercayai mengadakan perhimpunan haram di hadapan pejabat Perdana Menteri di sini kira-kira 3.30 Khamis lepas.
Kumpulan itu dipercayai cuba menyerahkan memorandum kepada pejabat Perdana Menteri bertujuan mendesak agar lima anggota Hindraf yang ditahan mengikut ISA dibebaskan sebelum perayaan Deepavali Isnin depan. BERNAMA
Malaysiakini : PAS lends support to 10 detainees
Jed Yoong : Handsome Husam Visits Hindraf Detainees in Putrajaya
1 comment:
Betapa mulia nya saudara YB Husam Musa dan juga semua kawan2 di PAS yang berjiwa besar untuk menolong dan sedia mendengar keperitan dan suara masyarakat kecil yang terpinggir ini.Alangkah elok nya kalau pemimpin2 umno kita pun sedia mendengar seruan masyarakat yang terpinggir ini.Tak ada sebab Hindraf nak muncul.Tak ada sebab,kenapa orang2 mesti di masukkan dalam ISA.Tak ada sebab,kenapa budak kecil berumur 6 tahun hendak ke Putra Jaya berjumpa dengan PM,minta ayah dan pakcik2 dia di bebaskan sempena hari deepavali dan menjemput PM ke rumah terbuka nya.Beribu-ribu terima kasih kepada saudara YB Husam dan semua kawan2 di PAS yg telah menolong orang2 makkal sakthi itu.God Bless All of you.
Post a Comment