“Pertama sekali, kebajikan mereka perlu diambil kira dan di beri keutamaan. Contohnya, ada yang sudah berkhidmat selama 10 tahun dan mereka membuat kerja yang sama sepanjang perkhidmatan mereka. Itu satu bukti bahawa mereka mempunyai ‘track record’ yang baik.
“Sebab itu khidmat mereka di panjangkan. Kita harus ingat bahawa ada di antara mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungan. Ini, tidak dapat tidak, harus di beri prioriti,” ujar beliau.
“Kedua, penyelesaian masalah ini harus di selesaikan secara bersepadu kerana sekiranya tidak, ia boleh menimbulkan kesan sampingan yang boleh memudaratkan mata pencarian para pekerja itu. Ia melibatkan staf di semua peringkat dan ianya harus di perjelaskan secara kolektif,” tambah beliau lagi.
Menurut Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin, tahap pengangguran boleh mencecah 12% dari kadar 3.2 % dan ini membimbangkan Pakatan Rakyat. Persoalannya nanti, kemana hala tuju hampir 11 juta pekerja itu nanti?
“Ketiganya, tindakan positif harus menyusuli untuk menyelesaikan masalah itu. Suatu alternatif perlu di ambil seperti kontrak para perkerja perlu di kaji semula sepertimana yang sudah termeteri.
“Kalau perlu diterapkan sebagai staf tetap, ambillah, agar masa depan keluarga khususnya anak-nak mereka, terjamin,” sambung Syed Shahir lagi.
Andaian-andaian yang dikira positif itu sekiranya dapat membantu meringankan beban perlu di ambil dan di perjelaskan. Kontrak pada para pekerja harus di perinci dan di jelaskan lagi agar mereka dan ahli keluarga merasa selamat untuk meneruskan sumber pendapatan serta mata pencarian mereka.
“Kerajaan perlu ada ‘fundamental’ yang kukuh, maksud saya sumber kewangan. Sekiranya ia kukuh masalah penamatan khidmat mereka tidak timbul. Saya tidak begitu jelas bagaimana keadaan ini boleh berlaku?” tempelak Syed Shahir.
“Saya bersetuju kenyataan Ketua Pembangkang bahawa belanjawan 2009 harus di kaji semula. Adalah tidak munasabah apabila ‘fundamental’ itu kukuh. Menteri Kewangan sering menyatakan ekonomi kita kukuh, akan tetapi, bagaimana hal ini boleh berlaku? Saya tidak faham!”, tegas beliau.
Pada 23 Oktober lalu, Presiden (Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman bahawa kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menghadapi kemungkinan besar ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini.
Perkara ini mungkin ekoran tiada lagi peruntukan gaji untuk kakitangan awam kontrak. Pemberhentian seramai 50,000 orang merupakan satu angka yang besar dan alasan di berikan atas dasar prestasi dan produktiviti pekerja tidak boleh di terima, jelas beliau. - SK
No comments:
Post a Comment