“Harga barang-barang keperluan harian di pasaran tidak akan turun, contohnya, beras; harga naik begitu mendadak. Itu makanan harian rakyat tempatan,” keluh beliau.
“Kepimpinan negara kita akan menyatakan ‘denial’ (Penafian) kepada setiap kali soalan yang diajukan sewaktu di parlimen. Ini tidak betul! Persepsi masyarakat di luar mahu di pengaruhi sebegitu rupa. Sampai bila mereka hendak berbuat demikian? Lambat-laun masyarakat akan tahu kebenaran, juga,” katanya dengan nada serius lagi kesal.
“Penafian demi penafian yang di buat oleh Menteri Kewangan, Najib Razak tidak akan memlihkan keadaan malah jurang perbezaan antara yang berada (kaya) dengan yang tidak berupaya (dhaif, fakir, miskin) akan menlakirkan jaraknya”, tambah beliau dengan penuh kesedaran yang kelihatan ringkas pada penampilan seperti biasa.
“Kerajaan yang ada patut memberi perlindungan kepada rakyat dengan erti kata memastikan harga rumah tidak melambung terlalu tinggi. Setiap warganegara Malaysia, lebih-lebih lagi yang berpendapatan RM1,500.00 ke bawah, berhak untuk mendapat tempat berlindung dari panas dan hujan”‘ hujah Syed Husin dengan penuh nada kesedaran.
“Pendidikan patut di beri secara percuma kepada anak-anak yang miskin; yang ibubapa mereka tidak mampu membiayai persekolahan mereka, lebih-lebih lagi yang melanjutkan pelajaran ke universiti. Ini adalah satu ’social obligation’ atau kewajipan dan tanggungjawab kerajaan yang ada dan harus di beri kepada rakyat.
“Kemudahan kesihatan patut di beri percuma kepada golongan yang tidak mampu. Ingin saya tegaskan di sini, dalam apa jua keadaan sekalipun, kemudahan sosial harus berada di tahap yang murah dan tidak sekali-kali membebankan rakyat,” melengkapi temubual ringkas beliau, lalu mohon berlalu untuk mengendalikan urusan orang-orang yang memerlukan. Itulah yang di fikirkan saban hari oleh insan yang sentiasa meletakan orang-orang biasa seperti kita di hatinya.
Manakala Bendahari KeADILan, William Leong pula dipetik sebagai menyebut, “Keadaan tersebut berpunca daripada ‘global recession’ (kemerosotan perdagangan sejagat). Ini satu penyebab kenapa pengganguran berlaku di tambah pula kemerosotan perdagangan yang teruk, khusus di Amerika Syarikat dan Eropah. Inflasi yang tinggi tidak dapat di elakan lagi. Ianya melakarkan masalah sosio-ekonomi!.”
“Di Malaysia pun sama, kita tidak mengelak daripada ianya (masalah sosio-ekonomi) berlaku. Andaian, sekiranya kita mempunyai 2.5 juta pendatang asing; sekiranya seorang hanya mengirim RM100.00 ke negara masing-masing, bayangkan jumlah pengaliran pendapatan mereka ke luar negara. Kalau 5 juta, sudah jadi berapa?”, tambah beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Selayang.
“Negara kita harus ada “labour incentive” (perangsang buruh atau pekerja). Negara kita harus menberi insentif kepada pekerja tempatan. Kerajaan tidak perlu mengambil ramai para pekerja asing. Peningkatan kepada ‘mechanisation’ (penggunaan jentera) itu sangat di galakan dengan mengurangkan pengunaan buruh asing. Dengan ini, pengunaan teknologi berkomputer terkini dapat di gunapakai untuk mengendalikan sebuah kilang, contohnya.
“Saya pernah melawat satu kilang di Pennsylvania yang cukup besar dengan jarak 5 batu. Kilang pengeluaran bijih timah itu, pemerosesannya bermula dari pembawaan masuk bijih timah mentah ke loji hingga siap-siaga di proses menjadi ‘ingot’ (jongkong timah) atau pemerosesan berbentuk lain pada spesifikasi yang di perlukan; hanya memerlukan 2 orang rakyat Amerika sahaja untuk mengendalikannya. Itu yang saya maksudkan. Maka ‘labour intensive’ (pengamatan buruh) itu hanya berkisar kepada 2 warganegara Amerika sahaja”, ujar beliau bersungguh-sungguh. - SK
No comments:
Post a Comment