20 October 2008

Pampasan RM100 juta kepada kerajaan Kedah - Malaysiakini

MP PAS Jerai minta penjelasan Pampasan RM100 juta kepada kerajaan Kedah tidak dijawab kerajaan

Sesi Soalan Jawab Lisan pada 16 Oktober 2008
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah peruntukan per kapita tahunan bagi tahun 2007 dan 2008 Kerajaan Pusat kepada negeri Kedah dan nyatakan jumlah dan bilakah tarikh pembayarannya.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato' Kong Cho Ha]: Tuan Yang di-Pertua, pemberian mengikut bilangan orang atau capitation grants dibuat berdasarkan kepada peruntukan perkara 109(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Ia berbentuk outright grants yang bertujuan untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri dalam perbelanjaan mengurus.

Pemberian ini dikira berdasarkan unjuran bilangan penduduk bagi sesebuah negeri berdasarkan kepada bancian penduduk oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Pengeluaran pemberian kepada negeri-negeri dibuat dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Bagi tahun 2007, negeri Kedah menerima pemberian mengikut bilangan orang.

Sebanyak RM26,240,690 berdasarkan unjuran bilangan penduduk negeri Kedah, seramai 1.84 juta orang pada tahun 2007. Bayaran pertama sebanyak RM13,120,345 dibuat pada 10 Januari 2007 dan sebanyak RM13,120,345 lagi pada 2 Julai 2007.

Bagi tahun 2008, jumlah pemberian mengikut bilangan orang yang dibayar kepada negeri Kedah adalah sebanyak RM26,577,982 berdasarkan unjuran bilangan penduduk negeri Kedah seramai 1.88 juta orang pada tahun 2008. Bayaran pertama RM13,288,991 disalurkan pada 15 Januari 2008, manakala bayaran kedua sebanyak RM13,288,991 lagi pada 8 Julai 2008.

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada menteri dan Kerajaan Malaysia yang terus memberi bantuan Dana Per kapita Kerajaan Negeri Kedah 2007 dan 2008.

Soalan tambahan saya, ada dua soalan pohon jawapan daripada menteri. Rakyat Kedah tahu Kabinet telah bersetuju untuk membayar pampasan RM100 juta setahun kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana berkorban tidak mengambil hasil balak dalam kawasan tadahan air Ulu Muda seluas 120,000 hektar. Soalan, berapakah jumlah telah bayar?

Yang kedua, setelah Pakatan rakyat memerintah lima buah negeri ini, Kerajaan Persekutuan telah pun menyalurkan bantuan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan. Rakyat kelima-lima buah negeri ini ingin menyoal melalui saya, insya-Allah apakah saluran ini sah di sisi Perlembagaan?

Ini kerana mewujudkan kerajaan dalam kerajaan dan memecahkan bibit perpecahan sesama rakyat. Pohon jawapan, insya-Allah.

Dato’ Kong Cho Ha: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Soalan pertama itu sudah luar tajuk, dan untuk capitation grants melalui Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri pada masa sekarang. Selain daripada capitation grants, Kerajaan Persekutuan juga memberi grants dari segi penyelenggaraan jalan raya dan juga bayaran 50% untuk bil lampu jalan dan lampu isyarat yang dibayar melalui PBT yang disalurkan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan. Untuk soalan politik, saya tidak boleh jawab. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ada soalan tambahan dari penyokong kerajaan? Sila Yang Berhormat Rantau Panjang.

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, berapakah peruntukan mengikut jumlah satu kepala diperuntukkan dalam perkiraan kerajaan dalam pemberian per kapita?

Seterusnya sehingga sekarang ini apakah peruntukan ini akan dinaikkan memandangkan kos hidup rakyat semakin bertambah dengan kenaikan harga barang dan bahan baker seterusnya. Jadi apakah kerajaan akan menimbang supaya perkara ini dikaji balik?
- mppas »

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese