Beliau menyeru anak muda dan golongan aktivis untuk sama-sama menyertai Sekretariat Anak Muda Malaysia membuat laporan terhadap Najib itu esok.
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin mengiringi aktivis sekretariat untuk membuat laporan itu di IPD Dang Wangi esok diharap berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, kabinet bersetuju supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan helikopter Nuri, kata Najib yang juga Timbalan Presiden Umno.
Katanya, sekali pun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato' Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC.
"Dalam mesyuarat Kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan," katanya pada 18 Oktober lalu.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata PAC akan memperhalusi segala proses pembelian berhubung tender bagi pemerolehan helikopter Eurocopter bagi menggantikan pesawat Nuri itu.
Sebelum ini, dalam suratnya kepada Najib, syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter dengan alasan ia "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."
Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Dato' Zahar Hashim berkata pihaknya difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter.
Isu berhubung penggantian helikopter Nuri itu bermula selepas mesyuarat Kabinet pada 18 Julai 2007 bersetuju agar Nuri ditukar berikutan rungutan beberapa ahli Parlimen dan masyarakat umum berhubung helikopter jenis itu sering terlibat dalam nahas udara yang mengorbankan anggota tentera.
Sejak digunakan 39 tahun lalu, sebanyak 14 buah helikopter Nuri dilaporkan terhempas dan mengorbankan 107 nyawa anggota tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Ekoran rungutan itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah menyediakan dokumen spesifikasi helikopter utiliti berkeupayaan mencari dan menyelamat (SAR) dan boleh dipertingkatkan keupayaan kepada SAR pertempuran.
Pada 10 Oktober 2007, Unit Perancang Ekonomi memberikan kelulusan untuk membeli pesawat baru menggantikan Nuri.
Satu tender terbuka antarabangsa telah diumumkan pada 7 November 2007 bagi membolehkan pembuat, pembekal dan ejen mengambil bahagian dalam tender tersebut.
2 comments:
Syabas Cekgu Bud dan Sekretariat Anak Muda,buat lapuran polis dan lapuran BPR sekali.
Apalah yang diharapkan dari PAC tu. Soal nya sekarang keputusan penukaran pesawat tersebut berasaskan kepada apa. Adakah satu kajian telah dibuat kenapa pesawat NURI tersebut perlu di ganti? Kalau ada mana Laporan nya? Jika tiada kenapa mereka tergesa gesa membuat keputusan pembelian eurocopter-mungkin ada hidden agenda!!!
Apakah proses perolehan diperingkat TUDM dipatuhi atau hanya pakat pakat dan buat keputusan.
Bagaimana pula penulisan spesifikasi keperluan di buat, was it discussed at any level or something not proper?
Kenapa hanya dibuat paper evaluation? why there is no physical evaluation. Do you mean to say what is on paper will indicate the actual performance. Siapa yang boleh mengaku pakar dengan hanya melihat atas kertas sahaja?
Terlalu banyak persoalan. Kenapa hush,,hush bagaimana pula perancangan yang telah dibuat keatas pesawat NURI.Satu pembaziran telah berlaku. PAC mesti melihat keselurohan nya terlalu banyak pembaziran dan cuba lihat apa yang berlaku pada SUKHOI!!!
Post a Comment