19 October 2008

NAJIB, MUHYIDDIN LAYAK TANDING - Malaysiakini

NAJIB, MUHYIDDIN LAYAK TANDING 2 JAWATAN UTAMA UMNO

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperoleh pencalonan mencukupi untuk masing-masing bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Muhyiddin memperoleh pencalonan yang ke-45 daripada Bahagian Masjid Tanah manakala Najib pula daripada Selayang petang ini.

Najib memerlukan minimum 58 pencalonan untuk layak bertanding jawatan Presiden manakala bagi jawatan Timbalan Presiden dikehendaki memperoleh 39 pencalonan.

Sehingga petang tadi Najib dan Muhyiddin memperoleh 60 dan 45 pencalonan.

Najib kini merupakan Timbalan Presiden manakala Muhyiddidn pula Naib Presiden Umno sekarang.

Dua lagi calon jawatan Timbalan Presiden ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib masing- masing memperoleh enam dan lima pencalonan hingga kini.

Umno Bahagian Gerik turut mencalonkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk jawatan Naib Presiden.

Dengan pencalonan itu, Hishammuddin yang mendahului 11 calon untuk merebut jawatan itu kini mengumpul 48 pencalonan manakala Mohd Shafie Apdal yang merupakan calon kedua tertinggi kini mengumpul 27 pencalonan, diikuti Ahmad Zahid dengan mendapat 23 pencalonan.

Calon-calon Naib Presiden yang lain masih mengekalkan jumlah pencalonan mereka iaitu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (17), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar (8) dan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim (5).

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim (5); Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4), bekas Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (3), Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (2) dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan Tan Sri Annuar Musa (satu). - mStar

Malaysiakini:

Najib, Muhyiddin layak tanding, Mohd Ali 9, Muhd Taib 8

It's Najib and Muhyiddin past the post

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese