Dr Mahathir Berlagak, Kata PM
Mengenai tajuk berita Mingguan Malaysia hari ini --- PM Bidas Mahathir – di mana Abdullah menuduh bekas Perdana Menter itu berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) Umno, saya mendapatinya sangat wajar.
Mungkin inilah antara analisis dan kesimpulan Abdullah yang paling hampir dengan realiti kerana sekiranya betul Dr Mahathir mengarah pemilihan Umno, Abdullah sepatutnya berasa bimbang.
Dia tentu tidak akan menafikan bahawa Dr Mahathir cukup berjaya sebagai pengarah pilihan raya dengan membawa kemenangan dua pertiga kepada Barisan Nasional dalam lima pilihan raya (1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999).
Jadi adalah wajar bagi Abdullah meyakinkan dirinya dan ahli Umno bahawa mereka tidak memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti seperti Dr Mahathir.
Masalahnya Dr Mahathir masih ada khalayak (audience) yang mahu mendengar pendapatnya dan ramai daripada mereka masih percaya kepadanya.
Kalau setahun dua lalu dia dijauhi oleh pembesar Umno seolah-olah dia pesakit kusta, tetapi pada akhir-akhir ini nampaknya ramai yang ingin berkawan semula dengan beliau. - Sumber: A KADIR JASIN

No comments:
Post a Comment