Dewasa ini juga rakyat Malaysia menunggu janji-janji DSAI dan Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan dalam masa terdekat ini. 16 September, tarikh yang diura-urakan, tidak menjelma jua perubahannya, yang pasti 16 September dihujani oleh kata-kata sindiran oleh puak-puak UMNO/BN.
Kini Pak Lah telah mengambil jalan yang boleh menjejaskan DSAI untuk menjadi Perdana Menteri dengan mengalihkan kuasanya kepada Najib maka, adakah masih ada MP-MP yang akan melompat parti ke Pakatan Rakyat dek kerana tahun depan sudah pasti Najib menjadi Perdana Menteri. Mereka melompat atas alasan mereka sudah tidak mempercayai kepimpinan Pak Lah, kini mereka sudah tahun tahun depan Najib akan menjadi ketua mereka, sudah pasti mereka akan tunggu dan lihat bagaimana kepimpinan Najib untuk menerajui negara.
DSAI dalam Suara Keadilan baru-baru ini masih lagi menyarankan para penyokong Pakatan Rakyat mempercayai kata-katanya, beliau menyuruh bersabar dan menunggu akan pertukaran ini, ada cakap-cakap orang, berlaku sebelum Hari Raya Haji ini, bagi pendapat aku, kita tidak boleh mensasarkan apa-apa tarikh sebab ia akan menyakitkan hati bila ia tidak kunjung tiba.
Apakah akan berlaku kepada politik DSAI apabila Najib menjadi Perdana Menteri? Sudah tentu Najib mengetahui DSAI menjadi ancaman yang cukup besar kepada kepimpinan Najib seperti mana yang berlaku dalam kepimpinan Pak Lah sekarang. Adakah Mac tahun depan, DSAI akan diseret kembali ke Sungai Buloh dengan cerita dongeng yang terbaru hasil rekaan pemerintah.
Tun Mahadet pasti akan sekali bermain bermain peranan yang penting dalam menyekat karier politik DSAI. Betapa marahnya beliau apabila Pak Lah mengeluarkan DSAI dari Sungai Buloh apabila beliau bersusah payah menyumbat DSAI ke dalam penjara. Kita sebagai rakyat hanya menunggu dan melihat para pemain politik ini mencaturkan politik mereka. Permainan politik yang semakin melupakan perjuangan untuk rakyat. - Khairil Azuar
1 comment:
Bagus jugak kalau terkubur, pengkhianat bangsa macam tu patut dikuburkan aje sekarang tak perlu tunggu tahun depan.
Post a Comment