Nampaknya TPM Najib Razak, beriya-iya benar untuk merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu Mac ini. Kesungguhan itu diperjelaskan lagi dalam satu menifestonya yang telah diedarkan kepada pimpinan tertinggi parti di peringkat negeri dan bahagian UMNO baru-baru ini. Kami turut menadapat salinan manisfesto tersebut untuk tatapan pembaca. Maka, apa yang jelas Najib mengakui beliau adalah "bersih, sebersihnya". Segala pertuduhan dan apa yang dikaitkan dengan beliau dinafikan dengan sumpahnya. Najib bertuah kerana tidak berhadapan dengan perbicaraan mahkamah. Ini kerana beliau adalah salah seorang rakyat Malaysia yang diberikan "Imunity" untuk kebal dari segala undang-undang biarpun dirinya masih belum bergelar "Tun". Sama-samalah kita hayati setiap kata dalam manifestonya ini dan buatlah penilaiaian tersendiri.
Dengan segala takzim dan rendah hati saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Mac 2009 kelak.
| :: Maklumat Peribadi :: | Nama : | Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak | Tarikh Lahir : | 23 Julai 1953 | Tempat Lahir : | Kuala Lipis, Pahang |
| Status Perkahwinan : | Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor 5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan) 1. Mohd. Nizar 2. Puteri Norliza 3. Mohd. Nasifuddin 4. Nooriyana Najwa 5. Norashman Razak | Pendidikan : | 1974 - B.A. (Hons) Industrial Economic - Nottingham University, United Kingdom | Portfolio : | Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan | Alamat Pejabat : | Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, Malaysia | No Telefon : | 603-88881950 | No Faks : | 603-88880035 | |
|
|
:: Kerjaya :: |
|
| 2004 | Timbalan Perdana Menteri |
| 2008 | Menteri Kewangan |
| 1999 - 2008 | Menteri Pertahanan |
| 1995 - 1999 | Menteri Pendidikan |
| 1990 - 1995 | Menteri Pertahanan |
| 1987 - 1990 | Menteri Belia dan Sukan |
| 1986 - 1987 | Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan |
| 1982 - 1986 | Menteri Besar Pahang |
| 1982 - 1986 | Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang |
| 1982 - 1986 | Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan |
| 1981 - 1982 | Timbalan Menteri Kewangan |
| 1980 - 1981 | Timbalan Menteri Pendidikan |
| 1978 - 1980 | Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos |
| 1974 - 1976 | Eksekutif Petronas |
|
|
| :: Politik :: |
|
| Sept. 2004 | Timbalan Presiden |
| 1993 - Sept. 2004 | Naib Presiden |
| 1997 | Pengerusi Biro Pendidikan |
| 1988 - 1993 | Ketua Pemuda |
| April 1987 | Memangku Ketua Pemuda |
| 1986 | Pengerusi BN Negeri Pahang |
| 1986 - 1987 | Timbalan Ketua Pemuda |
| 1983 - 1988 | Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang |
| 1982 - 1983 | Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang |
| 1982 - kini | Ketua UMNO kawasan Pekan, Pahang |
| 1980 - 1982 | Timbalan Ketua, UMNO kawasan Pekan, Pahang |
| 1978 - 1986 | Ahli EXCO Pemuda UMNO Pusat |
| 1976 - 1980 | Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Pekan, Pahang |
|
|
| :: Sosial :: |
|
| 1980 - kini | Ahli Kehormat FreeMason Malaysia |
| 1995 | Presiden SEAMEC |
| 1988 - 1996 | Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan |
| 1982 - 1986 | Pengerusi Pahang Foundation |
| 1977 - 1979 | Pengerusi Majuternak |
| 1977 - 1979 | Persatuan Belia Malaysia |
|
| Ahli Royal Sentul Golf Club |
|
| Ahli Royal Selangor Golf Club |
|
| Ahli Raintree Club |
|
| Ahli Royal Pahang Golf Club |
|
| Ahli Subang Golf Club |
|
| Ahli Saujana Resort (M) Bhd |
|
| Ahli Royal Darul Makmur Golf Club |
|
| Ahli Lake Club Club |
|
| Ahli Air Force Recreational Club
| |
|
|
Saya telah diserang oleh musuh-musuh saya kononnya saya mengamalkan upacara agama Hindu. Semua bolehlah merujuk kepada Dato' Sri S Samy Vellu yang mana beliau boleh mengesahkan bahawa saya tidak pernah bersama-sama dengan beliau di sebarang majlis upacara agama Hindu. Saya sanggup bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya adalah seorang Muslim yang beriman denganNya.
Saya terus dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya. Saya sekali lagi ingin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya tidak pernah mengenali darihal Altantuya. Saya sanggup dihadapkan ke mana-mana mahkamah demi membersihkan semula nama saya yang cuba dicemari oleh mereka yang iri hati kepada pencapaian saya selama ini dalam membangunkan bangsa dan negara. Saya ingin menafikan komunikasi SMS saya dengan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mempunyai sebarang unsur salah guna kuasa.
Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dakwaan saya terlibat dalam skandal perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725. Ianya dibuat melalui proses dan peraturan seperti yang ditetapkan. Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada penender itu pada 15 September 2008. LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan ia dikeluarkan pada 15 September 2008. Saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk disiasat oleh PAC atau BPR!
Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perwakilan khususnya amat bijak dalam membuat pilihan mereka untuk menentukan pemimpin pada Mac depan. Mereka bijak menilai siapakah pemimpin sebenar yang membela bangsa dan siapakah yang pernah belot kepada perjuangan UMNO dan menjadi agen negara asing.
Tawaran Saya Sebagai Presiden UMNO
Saya akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titisan darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden UMNO pada Pemilihan Mac 2009. Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia. Saya akan membentuk Majlis Penasihat Presiden dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh Umno yang telah bersara terutamanya Bekas Perdana Menteri bagi menghargai pandangan dan idea mereka dalam membawa negara mencapai Wawasan 2020. Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Saya akan menunaikan tanggungjawab saya tanpa sebarang pengaruh negara luar.
Kita sedar bahawa BN agak tercalar sedikit dalam keputusan Pilihanraya Umum Mac lepas. Saya akan melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan Umno dan Barisan Nasional. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun bagi menghapuskan elemen-elemen perosak kestabilan dan keamanan dalam negara. Akhir sekali saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno yang mendapat mandat Perwakilan Mac depan. Masa depan bangsa yang bersifat "Glokal" akan terus megah berdiri dalam mengharungi arus globalisasi. Kepada Tuhan saya berserah!! - Malaysia Today
No comments:
Post a Comment