30 October 2008

Mahathir: Sekatan Umno dorong mereka berpelajaran tinggi sertai PAS - Malaysiakini

KUALA LUMPUR - Tindakan Umno menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi menyebabkan mereka menyertai PAS, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Umno, kata beliau, seolah-olah menyekat kemasukan generasi muda terutamanya yang berpelajaran tinggi.

"Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan.

"Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya merupakan orang yang lebih berkaliber kerana takut akan kehilangan jawatan," mStar Online memetik bekas Presiden Umno itu berkata dalam satu wawancara khas yang bertajuk Budaya Pemilihan Umno siaran Astro Awani.

Tambah beliau dengan menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi, maka Umno akan kehilangan genarasi pelapis yang berdaya saing.

"Sebab itu kita lihat mereka (generasi muda) masuk PAS kerana Umno sendiri yang menyekat, kalau sekat kemasukan orang yang lebih berkaliber maka ini bermakna semakin lama semakin merosot," katanya.

Jelas bekas Presiden Umno itu, ahli Umno sendiri dilihat seolah-olah merelakan amalan yang tidak sihat diteruskan dalam parti.

"Sebab itu kita lihat tidak ramai yang berani untuk tonjolkan diri untuk (bertanding) jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka, kita tak ada banyak pilihan," katanya.

Ditanya mengapa Umno tidak menggunakan pemimpin muda untuk mengembalikan kegemilangannya, Mahathir berkata perkara tersebut mesti bermula dari pucuk pimpinan.

"Ini bermula dari atas, kalau yang di atas berkelakuan tak baik, maka segala desakan dan nasihat dari orang ini (pemimpin muda) tak akan dihiraukan oleh sesiapa...kita perlu orang yang ada kredibiliti," katanya lagi.

Mahathir juga menolak dakwaan yang mengatakan lanskap politik di negara ini semakin berubah sebaliknya beranggapan perubahan yang berlaku terutamanya dalam pilihan raya yang lalu adalah disebabkan tanda protes pihak-pihak tertentu.

"Sebenarnya lanskap ini tak banyak berubah kerana pada tahun 2004 Barisan Nasional (BN) menang dengan begitu besar sekali tapi dalam tempoh hanya empat tahun ia seolah-olah berubah.

"Jadi apakah perubahan ini disebabkan oleh pemikiran baru tentang asas politik di Malaysia ataupun perubahan ini kerana perasaan tidak puas hati dengan kepimpinan yang ada?" katanya.

Beliau berpendapat perubahan ini berlaku kerana wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan yang ada kerana ahli akar umbi tidak mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan mereka.

"Dari segi pemikiran masih sama, tetapi mereka ambil peluang dalam pilihan raya untuk tunjukkan protes mereka," katanya._ Hrkh

2 comments:

Letting the time pass me by said...

Memang fenomena nie dah lama berlaku... Anyway, kat mana-mana pun sama.. politik tetap politik... Semua berebut kuasa, cuma ketara dan tak ketara aje...

Anonymous said...

Dear thinking of life

DrM ni tak boleh terima kenyataan. Orang Melayu yang berpelajaran BUKAN masuk PAS sebab tak boleh masuk UMNO.

Mereka sudah siang2 lagi tolak UMNO sebab mereka berpelajaran dan mereka tahu banyak perkara yang UMNO buat tak betul....itu adalah sebab nya.

Kalau UMNO buka pintu dia luas2 pun, tak ada anak Melayu yang akan masuk, melainkan orang2 yang tak berapa tahu tentang perkembangan semasa...atau mereka2 yangmahu diluluskan permohonan syarikat mereka untuk menjadi kontraktor kelas F.....Kelas F saja...

Itu saja!

Ikhlas

The Mind!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese