30 October 2008

UMNO Sedang Memburu Kehancuran - Malaysiakini


"Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 24 Oktober lalu mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingga RM20,000 sebagai sogokan untuk membeli undi."
"Rosol berkata, beberapa perwakilan memaklumkan kepadanya ada segelintir perwakilan dibayar antara RM300 hingga RM1,000 untuk memberikan undi kepada calon tertentu bagi memastikan kemenangan individu terbabit."

Kuala Terengganu - UMNO sedang memburu kehancuran akibat perpecahan dalaman mereka dan masalah pemilihan kepimpinan yang masih diwajahi oleh politik wang serta rasuah yang tidak dapat diselesaikan.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehudin Ayob berkata demikian ketika menceritakan apa yang diberitahu kepadanya oleh seorang Menteri UMNO sewaktu beliau dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Hj. Mahfudz Omar mengadakan pertemuan (muqabalah) dengan mereka pada bulan Ramadhan yang lalu.

“Percayalah YB, UMNO parti yang sdang memburu kehancuran, bukan UMNO diburu, tapi UMNO yang ada hari ini memburu kemusnahan dan memburu kehancuran,
“saya tanya dia kenapa? Dia kata kerana UMNO yang ada hari ini tidak pernah belajar mengapa kuasa mereka terhakis pada pilihanraya umum yang lalu,” kata Salehudin

Mengulas perkembangan yang sama, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Terengganu, Wan Shukairi Wan Abdullah berkata walaupun pemimpin parti itu cuba membasmi rasuah, namun tersebut gejala politik wang dalam UMNO semakin berleluasa.

“Kita melihat siapa yang akan memenangi jawatan tertinggi parti UMNO adalah mereka yang paling kaya dan tidak mustahil menggunakan pengaruh wang untuk membeli undi daripada perwakilan,

“Setiap tindakan pemimpin UMNO kini dilihat dalam keadaan bermasalah ekoran perebutan kuasa dan juga perkara melibatkan soal dalaman parti,”kata beliau

Katanya, masalah yang berlaku itu sebenarnya telah lama dan tidak akan selesai sekiranya kepimpinan UMNO tidak telus dengan apa yang telah digariskan oleh kepimpinan Islam terdahulu.

Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata pemimpin-pemin UMNO kini sedang rakus merebut jawatan dalam parti itu dan menggunakan wang untuk membeli undi sebagaimana yang diakui oleh pemimpin mereka sendiri.

“Pemimpin-pemimpin UMNO duk rakus berebut jawatan, nak rebut jawatan kena ada pitih (wang), Rais Yatim kata (tentang politik wang),

“Datuk Zahidi hok (yang) nak bertanding Ketua Pemuda (tarik diri dari bertanding Ketua Pemuda) keluar dalam temubual di televisyen,

“Bila pengacara bertanya mengapa Datuk Zahidi menarik diri, dia (Zahidi) berkata, macamana dia tidak tarik diri, lain-lain yang bertanding semua kocek tebal belaka,

“Dia (Zahidi) sebut, Mukhriz ada ayah dia Mahathir, Khairi ada bapa mertuanya Pak Lah Badawi, Khir Toyo bekas menteri besar, saya tak ada sekepeng (duit), dalam UMNO kalau tak ada duit tak laku,” kata Syed Azman.

Menurutnya semua yang berlaku dalam pemilihan UMNO tepat sebagaimana yang dikatakan oleh Dato’ Rais Yatim.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim baru-baru ini menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara "tender" kerana muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan bahagian-bahagian UMNO.

Respon kepada kenyataan Rais bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 24 Oktober lalu mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingga RM20,000 akibat sogokan untuk membeli undi.

Di Terengganu pada 27 Oktober lalu (kelmarin), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato’ Rosol Wahid mendakwa mesyuarat perwakilan Bahagian Hulu Terengganu yang diadakan pada 26 Oktober lalu tidak telus dan berlakunya gejala politik wang.

Rosol dipetik sebagai berkata, beberapa perwakilan memaklumkan kepadanya ada segelintir perwakilan dibayar antara RM300 hingga RM1,000 untuk memberikan undi kepada calon tertentu bagi memastikan kemenangan individu terbabit. - buletinonline

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese