"Ia bukan hanya kepimpinan. Ia sebenarnya komitmen kita untuk berubah," mStar memetik menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu.
Beliau juga mengakui perubahan dalam kepimpinan akan membawa momentum baru kepada Umno.
Bagaikan mengakui Umno akan berpecah belah jika bapa mertuanya tidak berundur, Khairy menyifatkan pengunduran Abdullah menunjukkan beliau meletakkan kepentingan parti melebihi dirinya dan ia perlu dilihat sebagai pengorbanan untuk penyatuan parti.
Bagaimanapun, pertukaran kepimpinan sahaja tidak boleh menyelesaikan masalah sebaliknya pembaharuan yang dibawa Abdullah perlu diteruskan, kata suami Nori Abdullah itu.
Khairy juga berharap pengunduran Perdana Menteri, yang juga bapa mertuanya daripada jawatan Presiden parti Mac ini tidak akan memberi kesan kepada peluangnya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.
"Kita tengok dulu (kesan). Saya harap tidak ada sebab saya bertanding atas kekuatan diri, bukan atas kekuatan Perdana Menteri," katanya ketika di majlis perasmian Institut Pengajian Kemajuan Islam yang dirasmikan Perdana Menteri, di Petaling Jaya semalam.
Ditanya sama ada beliau sedih dengan pengunduran Abdullah, Khairy berkata, setiap perubahan kepimpinan akan membawa kesedihan lebih-lebih lagi kepada ahli parti yang terlibat.
Ketika ditanya mengenai dakwaan terhadap dirinya yang membawa antara sebab pengunduran Abdullah, Khairy berkata, kepimpinan parti telah menjadi mangsa kejahatan dan tentunya akan mengheret beberapa individu untuk terlibat.
"Ia adalah satu persepsi negatif yang sengaja dilakukan oleh orang-orang tertentu," katanya._
No comments:
Post a Comment