10 October 2008

Tanya Teresa Kok Tentang Agama - Malaysiakini

Semalam 4 ke 6 ptg di Hotel Midah, Kpg Attap, Kuala Lumpur, kami para pengawal media alternatif berpeluang berdialog dengan Exco Kanan Negeri Selangor, YB Teresa Kok, yang mengaturkan sesi dialog khas ini kerana ingin bertukar pendapat mengenai isu semasa dan sebab mengapa beliau dijadikan mangsa serangan dengan isu-isu sensitif seperti babi, azan dan skirt dalam masjid.

Selama perbincangan awal biasalah, akan disentuh sejarah isu-isu tersebut, macamana akhbar yang dikawal parti lawan memutar-belakangkan kebenaran demi survival agenda tersirat, bagaimana terlalu menjadi kejutan kerajaan negeri emas seperti Selangor boleh jatuh ke tangan pembangkang dan ada pula exco kanan yang berlambang roket, dan bagaimana segala usaha maupun komplot inginkan merampas kembali negeri tersebut samada secara perang saraf maupun fitnah.

Mother Teresa ini menjadi mangsa mudah kerana MB Khalid Ibrahim tidak mudah dijatuhkan maupun tokoh-tokoh Pas yang lain. Di Perak dapatlah tangkap tikus besar disebabkan kawalan kucing-kucing terlalu banyak sekarang. Sikit saja silap gaplah jawabnya. Ini petanda baik dan harus diteruskan. Basmikan rasuah tak kira kuasa atau seks sehingga ke akar umbinya terutama di pihak kerajaan pemerintah.

Tetapi saya lebih tertarik tentang soal agama lalu saya pun bertanya ke Teresa,
"Apakah pandangan YB kepada Islam dan orang Islam? Apakah pandangan itu berubah selepas menerajui kerajaan?"

Teresa semacam termenung sekejap dan menyentuh sedikit sejarahnya. Rupa-rupanya dia memang biasa dengan subjek Islam sehingga mendapat A dalam STPM untuk subjek Sejarah Islam. Lepas itu di USM, beliau mengkaji Tamadun Islam selama setahun.

Semasa beliau dalam Parlimen Seputeh sebagai pembangkang perhubungannya dengan semua MP yang lain amat baik dan mesra tidak kira parti atau kaum. Beliau akur dengan segala protokol agama sehingga semasa berdoa pun beliau menerima. Ada majlis yang beliau menjadi pengerusi beliau pun mengajak pegawai terkanan di situ untuk melakukan doa bagi pihak Islam.

Beliau bersetuju bahawa Islam itu harus dicontohi teladannya yang menganggap politik itu sebati dengan agama, dan ingin juga agama Kristian anutannya serius terhadap soal politik.

Beliau mengambarkan kehairanannya mengapa apabila menjadi kerajaan, tekanan kepadanya amat teruk sekali. Sehingga apa-apa yang dia tidak buat dituduh dia buat. Apa yang dia tidak cakap dituduh dengan terang tanpa silu.

Bloggers lain bersama saya pun bersetuju yang Teresa ini agak mentah lagi dalam soal politik terutamanya di Malaysia. Awak diterima bukan kerana awak baik dan berjaya. Orang akan cukup dengki apabila anda terlalu baik dan berjaya. Apabila tidak jumpa kelemahan, akan ditimbulkan skandal.

Akhirnya saya menasihati Teresa (kerana beliau memang meminta dinasihati) supaya berjumpa dengan para ulama yang baik iaitu bekas Mufti Perlis, Datuk Asri dan MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekiranya beliau ingin pergi, saya dan rakan-rakan sanggup temankan kerana ingin mendengar pandangan kedua-dua pihak, demi manfaat kita dalam mengejar pahala amal jariah. - Redhuan D. Oon

Teresa mangsa politik Jahat Umno-BN

Petang semalam saya sempat meluangkan masa untuk menghadiri program dialog diantara penulis-penulis blog dengan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Semenjak 8 Mac 2008 apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih negeri Selangor, Teresa Kok menjadi mangsa serangan Umno Selangor dan akhbar Utusan Malaysia khususnya. Apa sahaja yang tidak dilaluinya. Selain serangan Utusan, beliau ditahan ISA, gambarnya di banner dikoyak dan baru-baru ini “molotov coctail” dilempar kerumah keluarganya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo adalah diantara tokoh Umno yang cuba menjadikan Teresa Kok sebagai mangsa permainan politik jahat beliau selepas kecewa setelah menjadi Menteri Besar Selangor yang pertama gagal mempertahankan negeri tersebut daripada penguasaan Umno.

Diantara yang hadir dalam majlis tersebut ialah teman saya Redhuan Oon

Majlis ini dianjurkan diatas inisiatif Faisal Mustaffa yang merasakan Teresa perlu bertemu dengan blogger terutamanya dari kalangan orang Melayu untuk memberi penjelasan mengenai isu-isu yang sering dimainkan oleh akhbar propaganda Umno, Utusan Malaysia.

Teresa sampai 20 minit lebih awal dan menggunakan mada tersebut untuk menulis blognya sambil berbual-bual dengan blogger yang telah hadir.

Utusan Malaysia sering menggambarkan bahawa Teresa Kok sebagai “momok” kepada orang-orang Melayu. Tetapi setelah berbual dan berdialog dengannya, barulah saya tahu bahawa Teresa Kok ini adalah seorang yang kelakar dan sering tertawa!

Banyak isu yang kami bualkan daripada isu ISA, isu Babi, isu JAIS, isu azan dan banyak lagi. Selain daripada mendengar penjelasan daripada Teresa, penulis-penulis blog yang hadir juga memberikan pandangan dan kritikan.

Diantara point penting yang dijelaskan oleh Teresa ialah:

  • Beliau ditahan ISA dua hari setelah Utusan Malaysia menyiarkan tulisan Zaini Hassan yang bertajuk “Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya”.
  • Sepanjang berada dalam tahanan ISA, polis menyoal siasat beliau berdasarkan kepada artikel tersebut.
  • Tidak pernah membangkitkan tentang peruntukkan 30 peratus yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor terhadap agama Islam dan tidak pernah mendengar mana-mana Exco kerajaan negeri membangkitkannya.
  • Tidak tahu-menahu mengenai isu Azan. Terkait hanya kerana pembantunya di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kinrara menerima petisyen tersebut dan mengecop “terima”.
  • Polis menyarakan agar Teresa mengambil pengawal peribadi kerana tidak dapat melindunginya.

Antara yang perlu orang Melayu dan umat Islam di Malaysia ketahui juga, Teresa Kok mendapat gred ‘A’ dalam matapelajaran Sejarah Islam sewaktu berada dalam tingkatan enam dan mendapat gred ‘A’ dalam matapelajaran Tamadun Islam sewaktu menajdi mahasiswa di Universiti Sains Malaysia.

Beliau turut mengakui setelah menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor, beliau lebih mengenali Islam.

Turut hadir Arif Abdull dan penyajak dan pelakon yang saya kagumi, Bro Pyan Habib

Pelajaran yang dapat saya pelajari setelah menghadiri program tersebut ialah:

1) Hentikan membeli Utusan Malaysia dan galakkan keluarga serta sahabat handai untuk turut menghentikan pembelian akhbar tersebut. Membeli Utusan Malaysia adalah lebih merbahaya daripada membeli rokok kerana rokok hanya merosakkan diri sendiri tetapi Utusan Malaysia merosakkan agama, bangsa dan negara.

2) Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal untuk menjaga keselamatan rakyat. Terbukti apabila mereka menyuruh Teresa Kok menggajikan Pengawal Peribadi. PDRM hanya akan bertindak cemerlang apabila menjaga keselamatan politik pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

3) Jualan akhbar Utusan Malaysia akan terus merosot dan dalam jangkamasa terdekat ini akan dikalahkan oleh akhbar Sinar Harian yang lebih bebas dan terbuka. - Amin Iskandar

4 comments:

Anonymous said...

Teresa semacam termenung sekejap dan menyentuh sedikit sejarahnya. Rupa-rupanya dia memang biasa dengan subjek Islam sehingga mendapat A dalam STPM untuk subjek Sejarah Islam. Lepas itu di USM, beliau mengkaji Tamadun Islam selama setahun.
- Saya hairan mengapa isu ini dijadikan modal Teresa Kok mengenali Islam. Saya kerap mengikuti majlis2 ilmu di masjid di tempat saya dan boleh dikatakan masjid di tempat saya itulah satu2nya masjid didalam KL yang mengadakan majlis ilmu setiap hari kecuali malam jumaat.
Pengajar serta penceramah yang datang tidak kurang hebat i.e. Pak Yazid, Dr Azhar Yaacob, Ust Salleh Sani.
Apa yang nak saya sampaikan disini ialah antara ust2 serta ulama2 yang pernah menyampaikan majlis ilmu menyatakan orang yahudi, nasrani pun mengaji agama Islam, Quran tapi adakah digunakan untuk kebaikan? Tidak, lagi untuk menghancurkan umat Islam. Saya sentiasa menyokong perjuangan PAS bagi menegakkan Negara Islam, kerana kita sebagai muslim bukan setakat wajib malahan mesti berpegang serta yakin 110% terjemahan ayat 'Agama/Deen disisi Allah ialah Islam'.
Apa yang saya perhatikan kebelakangan ini seolah-olah PAS sudah semakin taksub untuk memimpin negara sehingga lupa terjemahan ayat 'Tiada Paksaan Dalam Islam'. Jadi apa salahnya teruskan sahaja dengan manifesto 'Negara Islam'.
Saya menjangkaan akan keluar jawapan, kita dihalang memberi penjelasan, media dikawal oleh Kerajaan. Cuba ambil model/iktibar dari kerjaan Islam Turki. Saya berpendapat mereka lagi sekular dari kita hinggakan al-quran pun ditulis dalam bahasa Turki. Apakah kaedah dan cara mereka mendekati umat Islam sehingga berjaya merampas kerajaan. Jangan hanya menjadi anjing menyalak bukit sedangkan usaha untuk menjadikan Islam sebagai Deen di Malaysia cuma sebagai manifesto untuk memenangi hati orang Islam sahaja.

Anonymous said...

Sy bersetuju dengan pandangan mzza_kpb, Sejak dari kebangkitan agama Islam lagi golongan kufar mencari jalan untuk menghancurkan Islam... Dan apa yang berlaku kpd sistem kekhalifahan adalah buktinya... Kamal Atartuk mengangkat sistem kufar barat untuk menentang khalifah yang ketika itu sangat lemah.. maka ramai pemikir barat mula meracuni rakyat turki hinggalah jatuhnya pertahanan akhir sistem khalifah...janganlah anggap sejarah tidak akn berulang... kerana telah terbukti bahawa sejarah manusia umpama roda... ia dinyatakan didalam AlQuran.. Sy tidak mengatakan Cik Teresa kok adalah golongan tersebut, tp kita haruslah berhati2... janganlah kerana cita-cita politik ala kamal atartuk...tergadai maruah bangsa..

小针 said...

http://tanteckchin.blogspot.com/2008/10/tomyamteresa-kok.html

Anonymous said...

Hidup Utusan! Hidup ISA! Hidup UMNO! Hidup Melayu! aku pun dapat A dalam subjek Tamadun Islam dan ramai student yang mendapat A bukan susah pun nak dapat tak payah kecoh lah. Kau tak dapat A ke? kesian kau..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese