10 October 2008

Dr Mahathir : Najib tidak cekap - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengulas prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang, Dr Mahathir berkata, beliau tidak tertarik.

Najib, katanya, perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepimpinan negara kelak.

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib (apabila menjadi Presiden Umno), bekas Presiden Umno itu berkata, ia sepatutnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah "pak lawak" semata-mata.

Mengulas pengunduran Abdullah, Dr Mahathir berkata, beliau gembira apabila jangkaannya silap.

Beliau sebelum ini menjangka Abdullah tidak akan berundur sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Beliau berkata, beliau terperanjat apabila mendengar pengumuman Abdullah hari ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan akan melepaskan teraju kepimpinan negara.

"Saya gembira kerana Umno akan dapat dibina semula," Bernama memetik beliau berkata kepada pemberita di Putrajaya semalam.

Dr. Mahathir, yang selama ini begitu lantang meminta Abdullah berundur sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas, berkata beliau berharap Abdullah tidak akan mengenakan sebarang sekatan dan halangan dalam tempoh peralihan kepimpinan itu.

Menjawab soalan sama ada beliau akan kembali menganggotai Umno selepas Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata, beliau akan berbuat demikian dengan syarat mereka yang meninggalkan parti itu bersama beliau, turut diterima semula.

Ditanya apakah yang perlu dilakukan oleh Abdullah mulai sekarang hingga Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata: "Diam."_

1 comment:

Anonymous said...

Tak pelik atau hairan orang tua komen yang berbelit belit. Tempoh hari suruh Mongolia gantikan Beruk. Hari ni Beruk dah kata nak turun pulak komen Mongolia tak cekap. Walau orang tua dah ada lah pencapaian sikit tapi banyak juga kerosakan yang dilakukan. Orang tak menyuarakan kerosakan tu sebab tak berani dan ditindas. Kenapa orang tua tak terus tawar diri untuk tanding Presiden UMNO je lebih senang, sebab bukan betul orang tua sokong Ku Li dengan ikhlas tapi berniat hanya nak turunkan Beruk dan dahlah yang lain tak endahkan cadangan orang tua untuk cabar Beruk. Sebenar, mungkin lebih senang tawar je sendiri atau anak sendiri calon Presiden UMNO. Hakikatnya mana satu PM setakat ni yang betul cekap dalam pentadbiran negara ! Pencapaian sikit adalah, hebat ? i rasa kiat malu lah dengan berbanyak yang kita miliki berbanding dengan si Singa yang apa pun tak ada tapi pencapaian yang berlipat ganda dari semua segi jauh lebih membanggakan dan memalukan kita. Laungan bangsa hebat biarlah jangan kuat sebab amat malu. Apa gunanya bangunan tertinggi di dunia, apa gunanya F1 atau KLIA, apa gunanya kapal selam, apa gunanya hantar melancung angkasa lepas, apa gunanya PutraJaya, apa gunanya macam macam lagi kalau si Singa pun jauh kita ketinggalan dalam pencapaian dalam pelbagai segi. si Singa tak ada pun berbuat itu semua tapi berusaha mentadbir untuk pencapaian cemerlang dan baru baru ini saja mereka baru nak buat lah 'F1 dan Casino' bagi mempelbagaikan lagi tarikan dan memperkukuhkan kedudukan mereka, itu pun sebab banyak negara lain dah ada berbuat itu semua. Janganlah teruskan program loji Nuclear sebab nanti nahas kita. Kereta dan Enji Proton pun tak pergi mana, tak ada lah perlu loji Nuclear. Tapi kalau betul nak buat biarlah dekat saja dengan rumah Pemimpin atau Putra Jaya. Pemimpin pemimpin kita setakat ni kalau dicampur semua sekali pun tak boleh nak banding dengan si Singa, pegang keris pun tak ada guna lah, siapa yang betul betul ikhlas hormat kita, mereka sebenarnya bergelak dalam hati dan bagi galakan. Hakikatnya orang luar semua tahu kita bukan lah pandai. Harap orang kita akan sedar dan perbetulkan yang salah. Bukan Silap tapi SALAH. Kalau bagi alasan Silap hanyalah alasan, lagi lagi janganlah bagi alasan "It's an act of GOD" bila ada tanah runtuh, tanah runtuh adalah SALAH buatan pemimpin. Saya harap ada perubahan kerajaan supaya berlaku perubahan pentadbiran, setidak tidak pun akan memberi cabaran kepada pentadbiran sedia ada. MALU lah sikit dengan si Singa, buatlah yang betul. Tak ada orang akan serang negara kita sebab kita tak pergi berbuat kecoh dengan orang atau mengugat keselamatan sesiapa pun. I rasa kalau tak nak di anggap bodoh, perlulah berbuat yang bukan bodoh. China yang mempunyai kebolehan pun mengambil langkah berhati hati dalam program angkasa lepas, mereka baru saja mulakan ni selepas mendapat pencapaian yang cemerlang dalam perbagai segi. FIKIRKAN LAH.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese