Bahagian itu juga mencalonkan Datuk Razali Ibrahim untuk bertanding kerusi Naib Ketua Pemuda.
Mukhriz kini mendahului pencalonan Ketua Pemuda Umno dan sudah pun layak untuk bertanding jawatan tersebut.
Khairy belum memperoleh pencalonan minimum sehingga semalam.
Dalam pengundian diadakan semalam, Mukhriz mendapat 33 undi manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohf. Khir Toyo memperoleh 32 undi dan Khairy pula mendapat 22 undi.
Bagi jawatan Naib Ketua, Razali mendapat 54 undi manakala pencabarnya, Datuk Reezal Marican Naina Marican memperoleh 34 undi.
Penyandang jawatan Ketua Pemuda Umno Putrajaya, Datuk Ahmad Zaki Zahid berjaya mengekalkan jawatannya itu walaupun menang tipis dengan kelebihan tiga undi.
Ahmad Zaki, 37, yang menyandang jawatan itu sejak 2002, memperoleh 46 undi, berbanding pencabarnya Tun Faisal Ismail Aziz yang mendapat 43 undi, dalam mesyuarat perwakilan pergerakan itu.
Ahmad Zaki, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri berkata, beliau bersyukur diberikan peluang kedua untuk menerajui perwakilan itu di peringkat bahagian walaupun terpaksa berdepan dengan saingan sengit.
No comments:
Post a Comment