Saya tak mahu berserius sangat dengan Pak Lah ni. Semua perkara dah mula tak kena dengan dia. Dia marah kepada Mahathir, dia marah kepada Anwar, dia marah kepada Muhyiddin, dia marah kepada parti-parti komponen!
Rakan-rakan dari parti-parti komponen pula saja mengusik Pak Lah. Mereka ini berani dengan Pak Lah kerana Pak Lah ni nampak lemah dan lembik.
Pimpinan Gerakan berulang kali berkata "jika Pak Lah tak buat ini dan tak buat itu, mereka akan tinggalkan BN". Gerakan menuntut UMNO supaya menghormat parti-parti komponen, dan menuntut supaya UMNO berbincang terlebih dahulu dengan parti-parti komponen sebelum mengambil tindakan yang melibatkan nama Kerajaan Barisan Nasional.
Gerakan menjadi semakin lantang menentang ISA, dan amai daripada kalangan pimpinan Gerakan terutamanya di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka tidak lagi bersabar dengan UMNO dan mereka sudah meninggalkan Gerakan dan BN.
MCA mencabar UMNO khususnya penahanan yang dibuat keatas pemberita Sin Chew Jit Poh, YB Teresa Kok dan Raja Petra. Seorang perwakilan dari Negeri Perak secara lantang menuntut supaya ISA dihapuskan atau dikaji semula; dan rata-rata perwakilan MCA menyatakan bahawa mereka tidak lagi bersetuju dengan ISA; tetapi seorang wakil dari Perak mencadangkan Khiry Jamaludin dan Ahmad Ismail ditahan dibawah ISA.
Namun begitu Pak Lah dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak akan membawa ke Parlimen supaya ISA dikaji semula atau dimansuhkan. Pak Lah bertegas bahawa ISA masih relevan dan menyatakan bahawa Negara-Negara yang dahulunya menentang undang-undang Tahanan Tanpa Bicara seperti ISA ini kini melaksanakan undang-undang yang sama.
"Bukan aku sorang aje buat jahat, orang lain pun buat jahat juga" itulah hujah Pak Lah yang begitu dangkal.
Amerika mengadakan undang-undang Tahanan Tanpa Bicara itu kerana Negara itu diserang dengan Menara Trade Centre mereka dilanggar dengan kapal terbang yang dirampas! Keganasan nyata berlaku di Amerika dan England menyebabkan undang-undang itu diujudkan.
Kita tidak pernah dengar bahawa Presiden Bush menahan mana-mana pimpinan Parti Democrat dibawah "ISA" Negara mereka. Bahkan di Amerika, pemimpin-pemimpin Democrat mempunyai hak yang sama dengan pimpinan Parti Republican.
CNN dan lain-lain stesyen TV mereka menyiarkan pandangan Democrat sama dengan masa yang diberikan kepada Republican da semua akhbar mereka membuat liputan yang adil untuk kedua-dua parti itu.
Calon Democrat boleh menyatakan apa juga yang mereka ingin nyatakan terhadap Bush dan pemerintahan Parti Republican, bahkan pentadbiran Bush telah diserang "left, right and centre" oleh pimpinan Democrat. Tak ada pun pimpinan Republican menyatakan bahawa orang-orang Democrat itu anti-Negara atau mengancam keselamatan Negara dan tak seorang pun daripada pimpinan Democrat ditahan dibawah undang-undang seumpama ISA Negara ini!
Yang ditahan di Malaysia adalah ahli-ahli Parti Pembangkang yang terlibat dengan amalan demokrasi; Barisan Nasional mengecop orang-orang pembangkang yang terlibat dengan amalan demokrasi sebagai risiko keselamatan. Orang yang ditahan dibawah ISA bukanlah golongan pengganas!
Begitu juga di England. Orang yang terlibat ditahan itu adalah mereka yang terlibat dengan kerja-kerja peletupan bomb. Kerajaan Parti Buruh yang memerintah tidak menahan anggota-anggota Parti Conservative atau Parti Liberal Demokratik. Bahkan ahli-ahli Parti Komunis di England pun tidak ditahan dibawah undang-undang itu. Yang ditahan adalah mereka yang benar-benar terlibat dengan keganasan.
ISA di Malaysia ini sudah disalahguna. Kalaulah Khir Toyo, Ahmad Ismail, dan Khairy Jamaludin itu adalah ahli Pembangkang yang menentang BN, dan BN yang memerintah, sudah pasti mereka itu sudah ditahan dibawah ISA, tetapi oleh kerana mereka itu adalah ahli-ahli UMNO, maka Kerajaan BN bukan saja tidak menahan mereka dibawah ISA bahkan boleh bersetuju pula dengan mereka sehingga orang yang difitnah seperti YB Teresa Kok yang ditahan dibawah ISA dan Khir Toyo terlepas!
Kita pinta Pak Lah memkirkan secara terbalik. Katakan Khairy Jamaludin yang menjalani risiko ditahan dibawah ISA, Khairy akan ditahan 2 tahun di Kemunting tanpa dibicarakan dan boleh dilanjutkan dengan tambahan 2 tahun lagi, juga tanpa bicara, apa kata: Adakan Pak Lah tersenyum lebar dengan mengatakan bahawa ISA itu bagus?
Pak Lah mempunyai beberapa bulan saja lagi untuk membetulkan imejnya. Kalau dia berjaya dalam tempoh beberapa bulan ini untuk memansuhkan ISA, membuat pembaharuan kepada Kehakiman dan Badan Pencegah Rasuah dan juga Suruhanaya Pilehanraya, beliau akan menjadi
Perdana Menteri yang disanjung sepanjang zaman sebagai bapak pembersihan segala gejala kebobrokan didalam Negara ini dan beliau tidak akan lagi dikaitkan dengan zaman kegelapan Dr. Mahathir Mohamed.
Jangan ikut rentak Mahathir, beliau kini sudah hampir berjaya meletakkan Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Pada waktu itu nanti, UMNO akan kembali menganut fahaman Mahathirsm dan anda Pak Lah akan dilupakan! - Suhaimi Said
No comments:
Post a Comment